Istana kota Launceston

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Motte (busut) di istana Launceston.

Istana kota Launceston merupakan salah sebuah istana kota yang terletak di Britain. Puing istana kota Launceston masih menguasai pasar lama bandar itu, dan bertindak sebagai peringakan berterusan mengenai bekas kuasa yang dipegang oleh Earl dari Cornwall ke atas penduduk tempatan. Sebagai pusat pentadbiran bagi Cornwall sehingga 1840, Launceston memiliki banyak tanggungjawab county dan istana kota ini memainkan peranan penting bagi mengekalkan ini.

Pada separuh kedua kurun ke sebelas, saudara tiri William telah dikurniakan Earldom bagi Cornwall, dan membina istana kota pertama. Kebiasaan pada masa itu, ia kemungkinannya dibina menggunakan balak, dan dikelilingi oleh sistem pertahanan perparitan yang baik, tetapi tidak banyak yang diketahui mengenai perincian pertahanan istana kota masa itu. Semasa kurun ke tiga belas, ketika Richard dari Cornwall memegang earldom selepas lima dekad, istana kota Launceston telah berubah sama sekali. Sebagai salah seorang yang terkaya dan paling berpengaruh pada masa itu, istana kotanya direka bagi menunjukkan tarafnya.

Istana kota Launceston, Cornwall; dilukis oleh Hendrik Frans de Cort.

Menara bulat padat, mengkagumkan di kedua belah Rumah Pagar Selatan, dan perpindahan Pintu Utara (atau Pintu Bandar) merupakan sebahagian dari usaha Richard, bersama menara tinggi, bulat dimasukkan dalam kepungan Menara Utama. Malah, ia kelihatan dia keterlaluan membaiki pertahanan istana kota, sedangkan tidak banyak ancaman ketenteraan pada masa itu. Perubahan lanjut turut dilakukan pada laman dalam ("bailey") istana kota, termasuk merobohkan bangunan sesak bersebelahan ruang ini. ia kelihatannya Dewan Utama, bersama dapur bersambung, dan gereja kecil menggantikan bagunan tersebut, memberikan istana kota itu gambaran lebih luas.

Berikutan dengan kematian Richard nasib istana kota tersebut merosot dan, akibatnya ia terbiar selama beberapa tahun. Pada tahun 1341 Edward (Putera Hitam) memulakan pemulihan penting di Launceston, dan kerja-kerja pengubahsuaian berikutan berterusan sehingga kurun ke lima belas. Dewan Besar kekal digunakan sehingga awal 1600 sebagai County Assizes, dan Rumah Pagar Utara sebagai penjara terkenal. Hanya beberapa dekad berikutnya, apabila Tinjauan Parliamentari 1650 dilakukan, bukan hanya Dewan itu lenyap sama sekali, tetapi kesemua bangunan lain dalam bailey. Bukti yang tinggal bagi dewan batu besar ini adalah sedikit puing timbunan batu rendah menandakan tapak sebenar bangunan dalam laman ("bailey").

Ketika istana kota Launceston memasuki abad kesembilan belas lebih banyak perubahan telah berlaku. Sekarang didiami hanya oleh gabenor dan sebilangan kecil banduan lelaki dan perempuan, sebahagian besar baki bangunan dan tembok luar telah dirobohkan. Selepas Assizes dipindahkan ke Bodmin pada tahun 1840, bangunan penjara terakhir telah dirobohkan dan istana itu tidak berfungsi lagi. Lamannya akhirnya dihiasi dan bertukar menjadi taman awam oleh Duke Northumberland. Dengan sebahagian besar istana kota telah tertanam selama hampir satu abad, ia mengalami satu penghinaan akhir pada tahun 1944 apabila laman dalam (bailey) telah dipenuhi dengan khemah perang yang dijadikan sebuah hospital tentera bagi tentera Amerika.

Setelah melalui masa lalu yang bergelora, dan hampir musnah beberapa kali, ia adalah dengan lega sejarah Istana kota Launceston secara beransur-ansur didedahkan melalui carigali berterusan. Sekiranya runtuhan kelihatan sedikit membingungkan dan terputus-putus, pelancong boleh menikmati tapak istana ini untuk ketenangan dan pemandangan dari bahagian atas bukit itu.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Bacaan lanjut[sunting | sunting sumber]

  • Oman, Sir Charles (1926) Castles; "Cornwall and its castles" (pp. 103–26). London: Great Western Railway

Pautan luar[sunting | sunting sumber]