Istana kota Portchester

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Istana kota Portchester
Portchester, Hampshire
Istana kota Portchester, pemandangan laman dalam (inner bailey)
Istana kota Portchester is located in Bumi
Istana kota Portchester
Istana kota Portchester (Bumi)
Koordinat50°50′12″N 1°06′47″W / 50.836546°N 1.113034°W / 50.836546; -1.113034Koordinat: 50°50′12″N 1°06′47″W / 50.836546°N 1.113034°W / 50.836546; -1.113034
rujukan grid SU624045

Istana kota Portchester merupakan salah sebuah istana kota yang terletak di Britain. Sejak zaman Rom lagi telah terdapat istana kota di Portchester, yang menunjukkan kepentingan lokasi yang agak tenang, kedudukan sesuai bagi mempertahankan pelabuhan Portsmouth dan Selat Inggeris. Sehingga hari ini, dinding Rom paling lengkap di Eropah dari kubu kurun ke tiga, masih terdapat di tapak ini. Dinding tembok Laman Luar (Outer Bailey) pada asalnya memiliki dua puluh bastions dan empat pintu - dua dari pintu besar ini dikenali sebagai Pintu Air dan Pintu Darat - dan tembok selatan memaparkan sebahagian hasil kerja Rom yang terbaik.

Istana kota Norman, terletak disebelah penjuru barat laut Kota Rom, menduduki kurang dari suku halaman kawasan dalam dinding Laman Luar. Sepanjang Zaman Pertengahan, apartment kediaman bagi istana diraja, dan kediaman Konstable, terletak dalam julat bangunan menganjuri tiga dinding Laman Dalam. Tetapi bangunan pertama yang didirikan merupakan Menara Ibu (Keep), asalnya satu dewan satu tingkat yang memberikan kemudahan tempat tinggal selamat. Ia dibina merentasi tembok Rom, dan kemudian ditinggi sehingga ketinggian masa kini. Sebagai satu-satunya bangunan di kawasan ino yang tidak dibina semula kemudiannya, kebanyakan ciri Norman telah terselamat. Dari tempoh berikutnya, terdapat kesan lukisan hiasan yang dibuat oleh tahanan perang Napoleon. Sesetengah lukisan tersebut difikirkan berkait dengan persembahan pementasan yang diadakan di bilik bawah tanah (basement) Menara Ibu pada tahun awal kurun ke sembilan belas.

Satu siri bangunan hadapan melindungi pintu masuk ke Menara Ibu, dan menempatkan Chapel istana, tetapi hanya serpihan yang tinggal. Ketika pembinaan fasa pertama Augustinian Priory telah didirikan dalam kawasan istana kota, gereja kurun ke dua belas itu terselamat sebagai gereja parish tempatan apabila canons pergi pada tahun 1150. Terletak di laman luar ('outer bailey'), gereja kecil yang indah ini merupakan satu-satunya bangunan yang terselamat, dan kini menguasai sudut tenggara kubu Rom yang asal.

Semasa abad ketiga belas dan keempat belas, bahagian dalaman telah dibina semula beberapa kali. Mengawal jambatan angkat yang merentasi parit ialah Rumah pagar, dan ini telah diperluaskan ke hadapan beberapa kali antara abad kedua belas dan ketujuh belas. Di luar Rumah pagar sebahagian roundels (atau dinding pertahanan separuh bulat) abad ketiga belas separa runtuh, cukup besar bagi seorang lelaki untuk berdiri di atas, mungkin telah disambungkan dengan jambatan kayu.

Menara Ashton, terdapat di sudut timur laut, dinamakan sempena konstabel istana, Sir Robert dari Ashton (1376-1381). Bukan sahaja menara itu menyediakan sambungan kepada ruang tinggal konstabel ini, tetapi ia juga mengukuhkan pertahanan daripada Laman Dalaman (Inner Bailey).

Pada masa ini terdapat senjata tangan baru, dan lubang bukaan meriam bentuk kunci diperkenalkan khusus untuk mereka. Sekitar 1390, tembok perjalan kaki (parapet walk) telah dibina, juga dengan bukaan meriam, dan kebanyakkan ini masih boleh dilihat hari ini. Pada setiap hujung dinding tembok satu gerbang (squinch) yang mengunjurkan telah dibina untuk menjadikan ia sukar untuk didaki. Satu tandas luar, yang dibina pada satu squinch tertentu, juga insentif tambahan untuk mengelakkan kawasan dinding tersebut.

Oleh kerana ia terletak berhampiran dengan Selat, ia adalah kegemaran dikalangan DiRaja sehingga abad kelima belas, dan bangunan berhias mencerminkan hakikat ini. Henry I mendapati kedudukannya menguntungkan ketika mengembara ke Perancis, dan pada 1163-4 apabila emas telah dihantar ke Normandy, Henry II melakukan beberapa lawatan ke Istana kota Portchester. Pada abad keempat belas, istana kota ini dikekalkan dengan baik kerana takut ancaman berterusan dari Perancis dan, menjelang akhir abad dengan keadaan aman sementara wujud, Richard II mengubah bangunan halaman dalaman menjadi Istana DiRaja.

Pada abad ketujuh belas, Sir Thomas Cornwallis bertanggungjawab bagi pembentukan suaian istana untuk menyediakan lebih banyak tempat penginapan yang luas, dan pada 1601 Queen Elizabeth I telah singgah di Portchester.

Tapak sembilan ekar ini menyediakan pelbagai jenis daya tarikan, tidak kurangnya kerana sejarahnya telah menjangkau 2000 tahun dan terdapat begitu banyak bukti pendudukan pada semua tempoh. Istana kota Portchester delah dibangunkan dan mencipta semula dirinya dalam pelbagai samaran, dari kubu Rom sehingga kubu kuat zaman pertengahan, dan dari istana diraja menjadi penjara.


Rujukan[sunting | sunting sumber]

Notes
Bibliografi
  • Cunliffe, Barry W. (1975), Excavations at Portchester Castle 1: Roman, London: Society of Antiquaries of London Research Report
  • Cunliffe, Barry W.; Munby, J. T. (1985), Excavations at Portchester Castle 4: Medieval, the inner bailey, London: Society of Antiquaries of London Research Report
  • Frieda, Leonie (2005), Catherine de Medici, London: Phoenix, ISBN 0-7538-2039-0
  • Gillingham, John (2004), "John (1167–1216), king of England", Oxford Dictionary of National Biography ((langganan atau keahlian perpustakaan awam United Kingdom diperlukan)), Oxford: Oxford University Press
  • Goodall, John (2008) [2003], Portchester Castle (ed. 2nd), London: English Heritage, ISBN 978-1-84802-007-8
  • Harriss, G. L. (2004), "Richard (1385–1415), earl of Cambridge", Oxford Dictionary of National Biography ((langganan atau keahlian perpustakaan awam United Kingdom diperlukan)), Oxford: Oxford University Press
  • Ridgeway, H. W. (2004), "Henry III (1207–1272), king of England", Oxford Dictionary of National Biography ((langganan atau keahlian perpustakaan awam United Kingdom diperlukan)), Oxford: Oxford University Press
  • Rigold, S. E. (1965), Portchester Castle, Hampshire, London: Her Majesty's Stationery Office

Pautan luar[sunting | sunting sumber]