Pergi ke kandungan

Itulah Sayang

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
"Itulah Sayang"
Lagu oleh P. Ramlee, Normadiah
daripada album Anak-ku Sazali
BahasaBahasa Melayu Sunting nilai ini di Wikidata
Dilancarkan1956
Panjang3:11
SyarikatMalay Film Productions
PenulisJamil Sulong
PenggubahP. Ramlee
PenerbitRun Run Shaw
Senarai runut Anak-ku Sazali
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

"Itulah Sayang" ialah sebuah lagu nyanyian P. Ramlee dan Normadiah yang diterbitkan dalam filem Anak-ku Sazali pada 1956. Lagu ini ditulis oleh Jamil Sulong dan digubah sendiri oleh P. Ramlee. Ia turut dikenali dengan tajuk "Tanya Sama Hati" sempena baris pertama lagu tersebut.

Lagu ini dinyanyikan oleh Hassan dan Mahani ketika sedang bertemu di jeti. Ia diawali dengan lagu kanak-kanak "Tanya Sama Pokok" nyanyian mereka sewaktu kecil sebelum lagu ini dinyanyikan, menampilkan peralihan masa ketika mereka berdua sudah berganjak dewasa. Pada ketika itu, Hassan belajar bermain biola kerana minat dengan muzik.

Versi lain

[sunting | sunting sumber]

Lagu ini turut dinyanyikan semula oleh A. Ramlie dan Maria Bachok sebagai duet dan diterbitkan dalam album dengan tajuk yang sama pada 1997.