Jamal Muhamad

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jamal Muhamad
Kelahiran(1939-10-15)15 Oktober 1939
Jalan Raja Alang, Kampung Baru, Kuala Lumpur
Meninggal dunia7 Mei 2014(2014-05-07) (umur 74)
Nama lainPak Jamal Kerdil
Terkenal keranaSpeaker Mini Parlimen (1983-1995)
PasanganSallamiah @ Zainab Serat
Anak-anak
  • Shahila
  • Muhammad Shahan
  • Muhammad Eskandar

Jamal Muhamad yang juga dikenali dengan gelaran Pak Cik Jamal atau Jamal Kerdil merupakan lagenda dalam dunia penyiaran Malaysia kerana rancangan Mini Parlimen begitu mempengaruhi pemikiran kanak-kanak pada ketika itu 1980-an. Idea Mini Parlimen itu di ilhamkan oleh isteri mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali.[1]

Jamal yang mula bertugas di RTM pada 1960 dan bersara pada 1995 amat popular melalui rancangan 'Mini Parlimen' dengan memegang watak sebagai 'Speaker' yang bersiaran pada 1983 hingga 1995.[2] Beliau merancang dan mengatur strategi selama tiga bulan dan mengambil masa hanya 14 hari untuk melatih kanak-kanak dengan bilangannya mesti sama banyak dengan Ahli Dewan Rakyat dan Ahli Dewan Undangan Negeri iaitu 180 orang.[1]

Satu lagi program yang menjadikan Jamal sebagai ikon kepada kanak-kanak ialah 'Taman Kanak-kanak' yang bermula siaran pada 1961 dan beliau turut menerbitkan rancangan 'Pesta Pop' dan 'Pentas Aneka'. Rancangan Taman Kanak-Kanak yang dikendalikan Pak Jamal cukup popular sejak tahun 1961 hingga 1995. Setelah bersiaran selama 44 tahun, rancangan itu terus dihentikan khususnya selepas Pak Jamal bersara dari RTM pada tahun 1995.

Jamal Mohammed telah mendirikan rumah tangga bersama Sallamiah Serat atau dikenali dengan nama timangan Zainab, dan memiliki dua orang anak, dan tinggal di Kampung Selangor Dredging. Beliau mengalami penyakit ankylosing spondylitis selama 14 tahun sebelum meninggal.

Beliau menghembuskan nafas terakhirnya kira-kira jam 11 pagi di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Putrajaya pada usia 74 tahun.[3]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b "Pak Jamal yang dirindui..." Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-02-14. Dicapai pada 2015-02-14.
  2. ^ "Shabery Cheek ziarah Jamal Kerdil yang sudah uzur". Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-02-14. Dicapai pada 2015-02-14.
  3. ^ "Speaker Mini Parlimen, Pakcik Jamal meninggal dunia - See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/speaker-mini-parlimen-pakcik-jamal-meninggal-dunia#sthash.XrVsx6E3.dpuf". Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-02-14. Dicapai pada 2015-02-14. External link in |title= (bantuan)