Jamil Mohd Shah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Allahyarham Sarjan Jamil Mohd Shah merupakan salah seorang pegawai polis yang mengetuai pasukannya menentang pihak komunis yang diketuai oleh Muhammad Indera, dalam peristiwa Bukit Kepong, Malaysia.

Bak kata pepatah, "Berpantang Maut Sebelum Ajal", ketegasan dan semangat perjuangan yang membara disanubari Allahyarham, telah menaikkan semangat anak-anak buahnya agar enggan menyerah, walaupun berkali-kali diseru oleh komunis agar mereka menyerah. Biarpun rakan-rakan seperjuangan mereka gugur satu demi satu tetapi janganlah dibiarkan tanah air dicemari dengan pengaruh petualang-petualang ini.

Walaupun begitu komunis tetap gagal memasuki kawasan balai sehinggalah mereka melakukan serangan dengan molotov cocktail hingga menyebabkan balai itu terbakar. Ketika itu barulah Sarjan Jamil dan anggota-anggota yang lain beralih ke kubu bersebelahan untuk menyerang balik komunis. Mereka tidak menyerah diri. Mereka terus melakukan serangan terhadap komunis. Namun begitu ada anggota yang terkorban semasa bergerak ke kubu lain akibat tembakan pihak komunis. Allahyarham turut terbunuh apabila komunis berjaya masuk ke kawasan balai dan membunuh saki baki anggota polis termasuk beliau. Gugurnya seorang lagi patriot yang paling berani dan juga perwira yang paling disegani sepertimana Leftenan Adnan. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan hamba-hambaNya yang mati syahid. Amin.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]