Jarum hipodermik

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Hujung jarum hipodermik yang pelbagai.

Jarum hipodermik ("hipodermik" daripada akar bahasa Yunani: ὑπο- ýpo (bawah) dan δέρμα dérma (kulit)) ialah jarum berongga yang sangat nipis dan berhujung tajam. Ia digunakan bersama picagari untuk menghantarkan cecair ke dalam badan kerana ia cepat, mahupun bahan tersebut tidak boleh dihadam, diserap mahupun ia membahayakan hati.

Jarum ini juga memainkan peranan penting dalam kerja makmal yang memerlukan persekitaran yang steril dan bebas kuman, misalnya menginokulasikan substrat steril daripada sebarang patogen liar tanpa meninggalkan kesan banyak pada substrat tersebut.