Jata Palestin

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jata Negara Palestin
Butiran
JenisJata negara Edit the value on Wikidata
Pemegang/
pembawa
Negara Palestin
Diterima pakai5 Januari 2013 Edit the value on Wikidata
JabaranTribahagian tegak Hijauan, Perakan, dan Hitaman berhulu baji Merahan
Penopang/
penyokong
Emasan Helang Salahuddin
Cogan kataفلسطين
Palestin
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini
Lambang Pertubuhan Pembebasan Palestin
Fail:Plo emblem.png
Butiran
JenisJata negara Edit the value on Wikidata
Diterima pakai5 Januari 2013 Edit the value on Wikidata
Cogan kataPertubuhan Pembebasan Palestin (atas) Perpaduan Negara (bawah)[1]
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Jata Palestin boleh merujuk kepada lambang yang digunakan oleh Negara Palestin dan Pihak Berkuasa Kebangsaan Palestin (PBP) atau kepada lambang yang digunakan oleh Pertubuhan Pembebasan Palestin (PPP).

Penerangan rasmi[sunting | sunting sumber]

Kerajaan Palestin menerangkan jata seperti berikut: [2]

Lambang Palestin ialah helang yang dilitupi bendera Palestin, dan ia serupa dengan lambang Mesir dan Iraq dengan perbezaan warna bendera.

Lambang ini muncul pada awal era negara Ayyubiah, yang diasaskan oleh Sultan Salahuddin al-Ayyubi di Mesir selepas penghapusan khalifah Fatimiah. Ia telah menjadi simbol negara Ayyubiah sejak era Sultan Salahuddin al-Ayyubi, dan mewakili kemenangan Arab.

Helang itu memandang ke kanan dengan kepalanya diangkat tinggi.

PNA dan lambang negeri[sunting | sunting sumber]

Lambang yang digunakan oleh Pihak Berkuasa Kebangsaan Palestin serta Negara Palestin menampilkan warna pan-Arab bendera Palestin pada perisai yang diangkat oleh Helang Salahuddin. Di bawahnya terdapat skrol dengan teks Arab "فلسطين"‏, "Palestin".

Gubahan silihan yang menyatakan "السلطة الفلسطينية"‏ atau "Pihak Berkuasa Palestin" telah digunakan oleh Pihak Berkuasa Kebangsaan Palestin,[3] bersama-sama gubahan yang menyatakan "Palestin", tetapi ia telah dihentikan berikutan penaiktarafan Negara Palestin kepada status negara bukan anggota dalam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. pada 29 November 2012 dan pelangnamaan Pihak Berkuasa Kebangsaan Palestin kepada "Negeri Palestin" melalui dekri presiden pada Januari 2013.[4]

Lambang PPP[sunting | sunting sumber]

Lambang Pertubuhan Pembebasan Palestin (PPP) menunjukkan bendera Palestin di atas peta "Palestin dari sungai ke segara", iaitu Palestin di bawah Mandat British (merangkumi Israel kini, Tebing Barat, dan Genting Gaza).

Galeri[sunting | sunting sumber]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Palestinian Liberation Org. Map Logo Excludes Israel". CBN News. Dicapai pada 14 January 2013.
  2. ^ الشعار
  3. ^ "11-09-2012 - Palestinian Cabinet Meeting Statement (18)". Diarkibkan daripada yang asal pada 12 December 2012. Dicapai pada 14 January 2013.
  4. ^ [1] "Instructing government institutions on Sunday to phase out the 'Palestinian Authority' insignia, Mr Abbas's decision follows his successful bid last November to upgrade Palestinian status at the United Nations. Now everything from official stationary and stamps to insignia on Palestinian foreign missions will bear this new symbol of statehood."