Jayalalithaa

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Jayalalithaa
Ketua Menteri Tamil Nadu
Memegang jawatan
16 May 2011
Didahului oleh M.Karunanidhi
Kawasan pilihan raya Srirangam
Dalam jawatan
2 March 2002 – 12 May 2006
Didahului oleh O. Panneerselvam
Digantikan oleh M.Karunanidhi
Kawasan pilihan raya Andipatti
Dalam jawatan
14 May 2001 – 21 September 2001
Didahului oleh M.Karunanidhi
Digantikan oleh O. Panneerselvam
Kawasan pilihan raya Did not contest
Dalam jawatan
24 June 1991 – 12 May 1996
Didahului oleh President's rule
Digantikan oleh M.Karunanidhi
Kawasan pilihan raya Bargur
Butiran peribadi
Lahir Komalavalli
(1948-02-24) 24 Februari 1948 (umur 70)
Mandya, Mysore State, India
Parti politik All India Anna Dravida Munnetra Kazhagam
Kediaman “Veda Nilayam”, 81, Poes Garden, Chennai-600 086

Jayalalithaa Jayaram (lahir 24 Februari, 1948) atau Jayalalithaa , adalah ahli politik India dan Ketua Menteri Tamil Nadu . Beliau menjadi Ketua Menteri sejak 2011 dan hilang kelayakan kerana rasuah pada 27 September 2014 [1]. Tetapi, kembali menjadi ketua menteri pada akhir tahun 2014 selepas didapati tidak bersalah.

Sebelum ini pernah menjadi Ketua Menteri 1991-1996. Dari 2002-2006 beliau pernah menjadi bintang filem popular di pawagam India.Beliau berlakon dalam 140 filem termasuk filem berbahasa Tamil , Telugu , Kannada dan filem Hindi. Beliau adalah Setiausaha Agung 'All India Anna Dravida Munnetra Kazhagam' (AIADMK).

Jayalalithaa diperkenalkan kepada politik oleh pelakon / ahli politik MG Ramachandran tapi segera menafikannya.Beliau terpilih sebagai Rajya Sabha mewakili Tamil Nadu (1984-1989). Selepas kematian Ramachandran, Jayalalithaa mengisytiharkan dirinya sebagai waris politiknya. Dia dipilih ketua menteri kedua wanita Tamil Nadu.

Didapati bersalah mengumpul harta[sunting | sunting sumber]

Pada 27 September 2014, Mahkamah Khas India mendapati Jayalalithaa (66 tahun) bersalah mengumpulkan harta di luar kemampuannya. Beliau dijatuhi hukuman penjara empat tahun dan dihalang dari turut serta dalam politik selama 10 tahun. Dia akan dipenjara di Bangalore. Turut didapati bersalah ialah adik ipar dan anak saudaranya. Perbicaraan itu diadakan di Bangalore atas sebab-sebab keselamatan. Kes ini berlarutan selama dua dekad kerana Jayalalithaa dan pengikutnya mempunyai kuasa dan karisma yang besar di Tamil Nadu.[2]

Jayalalithaa didakwa pada 1997 kerana memiliki kekayaan dengan cara haram di mana pihak polis turut merampas lebih 28 kilogram emas dan 10,000 pasang kain sari. Oleh itu beliau menerima jolokan 'Imelda Marcos' kerana memilik lebih 750 pasang sepatu. Dua hartanah 1,000 ekar persegi (1991-1996) tidak mungkin dari gaji sebagai Ketua Menteri.

Konsul Besar Malaysia di Cheenai, Chitra Devi Ramiah memberi amaran terutamanya golongan pelajar. Bernama melaporkan terdapat 5,000 pelajar Malaysia kini belajar di negeri-negeri di selatan India. Gambar-gambar menunjukkan kejadian membakar tayar dan sebagainya di negeri itu.[3]

Rujukan[sunting | sunting sumber]