Pergi ke kandungan

Jengkorek

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sebuah Cat 420F di Arlington Massachusetts AS

Jengkorek atau pengorek kaut, ialah sejenis alat penggali atau jengkaut, dengan timba penggali di hujung lengan bersendi yang terbahagi dua. Ia biasa dipasang di belakang jentarik atau jemuat depan, membentuk "jengkorek kaut" (yang dikenali sebagai "JCB" di Ireland dan UK).[1] Bahagian lengan terdekat dengan kenderaan dikenali sebagai joran, sedangkan bahagian yang membawa timba dikenali sebagai pencedok (atau batang cedok), istilah-istilah ini datang daripada jensodok wap. Joran, iaitu bahagian panjang pada lengan jengkorek yang dipasang pada jentarik menggunakan pangsi yang dipanggil tunjuk langit, terletak paling dekat dengan kabin. Ia membolehkan lengan memangsi ke kiri dan kanan, dalam julat 180 hingga 200 darjah, selain pergerakan angkat dan turun.

  1. Glancey, Jonathan (20 April 2007). "Classics of everyday design No 16". The Guardian. Guardian News and Media Limited. Dicapai pada 19 Ogos 2017.