Jidal

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Sebiji jidal.
Jidal getah dipasang pada jari untuk menyelak muka surat.

Jidal, juga dikenali dengan nama didal[1] (bahasa Inggerisː thimble[2]) merupakan sejenis sarung jari yang dipakai pada jari si penjahit yang menekan jarum sewaktu menjahit sebagai langkah keselamatan. Jidal dengan kepala yang tertutup biasanya digunakan tukang jahit manakala ada juga jidal yang direka dengan bukaan di hujung bagi mengolah kain yang dipegang dengan mudahnya.

Barang ini juga dijadikan buah tangan yang ideal dalam kalangan wanita masyarakat Barat sejak kurun ke-16[3] dengan ukiran dan saduran yang pelbagai menghiasi jidal-jidal ini.

Terdapat juga jidal khas yang diperbuat daripada getah (dikenali dalam bahasa Inggeris sebagai thimblette) yang bertujuan membantu dalam menyelak-yelak kertas dokumen, wang kertas, tiket mahupun borang.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "'didal' - Maklumat Kata". Pusat Rujukan Persuratan Melayu. Dewan Bahasa dan Pustaka. Dicapai 13 Disember 2017. 
  2. ^ "'jidal' - Maklumat Kata". Pusat Rujukan Persuratan Melayu. Dewan Bahasa dan Pustaka. Dicapai 13 Disember 2017. 
  3. ^ Holmes EF. A history of thimbles. London: Cornwall Books, 1985.pp.178