Jisim molekul

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke pandu arah Pergi ke carian

Jisim molekul (m) ialah jisim suatu molekul yang diukur dalam unit Dalton (Da). Molekul berbeza dalam kalangan sebatian sama mungkin memiliki jisim molekul yang berlainan karena mengandung isotop yang berbeza. Unit terkait, jisim molekul relatif (JMR) seperti yang didefinisikan oleh IUPAC ialah nisbah jisim molekul terhadap unit jisim atom dan tidak berunit. Jisim molekul dan jisim molekul relatif memiliki definisi yang berlainan tetapi terkait dengan jisim molar. Jisim molar didefinisikan sebagai jisim suatu bahan dibahagikan dengan amaun bahan dan diukur dalam g/mol. Jisim molar biasanya merupakan angka yang lebih tepat ketika berhadapan dengan jumlah bahan makroskopik (besar).[1]

Istilah jisim molekul, berat molekul dan jisim molar sering digunakan secara bergantian dalam bidang sains ketika perbezaan antara istilah tidak dinilai penting. Di luar skop ini, perbezaannya menjadi sangat penting. Jisim molekul lebih umum digunakan ketika merujuk pada jisim molekul tunggal atau tertentu yang ditakrif dengan baik dan lebih jarang digukanan dalam perihal jisim purata sampel jika dibandingkan dengan istilah berat molekul. Sebelum pentakrifan semula unit asas SI pada 2019, kuantiti ini dinyatakan dalam unit jisim atom (u atau Da) secara definisi, setara dengan jumlah yang serupa dinyatakan dalam satuan g/mol dan dengan demikian dapat digantikan secara numerikal. Setelah pentakrifan semula, hubungan ini menjadi hampir setara.[2][3][4]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ DeMeo, Stephen (2006). "Revisiting Molar Mass, Atomic Mass, and Mass Number: Organizing, Integrating, and Sequencing Fundamental Chemical Concepts". J. Chem. Educ. (dalam bahasa Inggeris). 83 (4): 617. doi:10.1021/ed083p617.
  2. ^ BIPM statement: Information for users about the proposed revision of the SI (PDF) (dalam bahasa Inggeris), diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2018-01-21, dicapai pada 2019-07-22 Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan)
  3. ^ CIPM Report of 106th Meeting Diarkibkan 27 Januari 2018 di Wayback Machine Diakses tanggal 7 April 2018
  4. ^ "Redefining the Mole". NIST (dalam bahasa Inggeris). NIST. 23 Oktober 2018. Dicapai pada 24 Oktober 2018.