Pergi ke kandungan

Joachim Murat

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Joachim Murat
Potret s. 1808
Raja Napoli
Pemerintahan1 Ogos 1808 – 20 Mei 1815
Didahului olehJoseph I
Diikuti olehFerdinand IV
Duke Besar Berg
Pemerintahan15 Mac 1806 – 1 Ogos 1808
Diikuti olehNapoléon Louis
KeputeraanJoachim Murat-Jordy
(1767-03-25)25 Mac 1767
Labastide-Fortunière, Quercy, Perancis
Kemangkatan13 Oktober 1815(1815-10-13) (umur 48)
Pizzo Calabro, Calabria, Napoli
PemakamanPerkuburan Père Lachaise
PasanganCaroline Bonaparte (k. 1800)
Anakanda4, termasuk Achille dan Lucien
KerabatMurat
AyahandaPierre Murat-Jordy
BondaJeanne Loubières
TandatanganTandatangan Joachim Murat
Kerjaya ketenteraan
Kesetiaan
PerkhidmatanTentera Darat
Tahun perkhidmatan1787–1813
PangkatMarsyal Empayar
Pertempuran

Joachim Murat (/mjʊəˈrɑː/ mure-AH, juga /mʊˈrɑːt/ muurr-AHT; Perancis: [ʒɔaʃɛ̃ myʁa]; Itali: Gioacchino Murat; 25 Mac 1767 – 13 Oktober 1815) ialah seorang pegawai Tentera Darat Perancis dan negarawan yang berkhidmat semasa Perang Revolusioner Perancis dan Perang Napoleon. Di bawah Empayar Perancis, beliau dianugerahkan gelaran ketenteraan sebagai Marsyal Empayar dan Laksamana Perancis. Beliau adalah Putera Murat yang pertama,[1] Duke Besar Berg dari tahun 1806 hingga 1808,[2] dan Raja Napoli sebagai Joachim-Napoleon[3] (Itali: Gioacchino Napoleone) dari tahun 1808 hingga 1815.[4][5]

Dilahirkan di Labastide-Fortunière di barat daya Kerajaan Beraja Perancis, Murat pada mulanya bercita-cita untuk menjadi paderi sebelum menyertai sebuah rejimen kavalri apabila Revolusi Perancis tercetus. Murat menonjol di bawah pimpinan Jeneral Napoleon Bonaparte semasa 13 Vendémiaire (1795), apabila beliau berjaya merampas beberapa laras meriam dan memainkan peranan penting dalam menumpaskan pemberontakan royalis di Paris. Beliau kemudiannya menjadi juruiring Napoleon dan memimpin pasukan kavalri dalam kempen Perancis di Itali serta Mesir. Murat turut memainkan peranan penting dalam Rampasan Kuasa 18 Brumaire (1799), yang membawa Napoleon ke tampuk kuasa politik. Pada tahun 1800, beliau berkahwin dengan Caroline Bonaparte, sekali gus menjadi adik ipar kepada Napoleon. Beliau sangat terkenal dengan gaya pemakaian yang ranggi dan pernah digelar 'Raja yang suka melaram'.

Murat dilantik sebagai Marsyal Empayar ketika pengisytiharan Empayar Perancis. Beliau mengambil bahagian dalam pelbagai pertempuran, seperti Ulm, Austerlitz, Jena, dan Eylau, di mana beliau mengetuai satu serangan besar-besaran pasukan kavalri yang terkenal terhadap Rusia. Pada tahun 1806, Murat dilantik sebagai Duke Besar Berg, gelaran yang disandangnya sehingga tahun 1808 apabila beliau dilantik sebagai Raja Napoli. Beliau terus berkhidmat di bawah Napoleon dalam Kempen Rusia dan Kempen Jerman, namun meninggalkan Grande Armée selepas Pertempuran Leipzig bagi menyelamatkan takhtanya. Pada tahun 1815, Murat melancarkan Perang Neapolitan terhadap Empayar Austria, tetapi mengalami kekalahan besar di Tolentino. Beliau melarikan diri ke Corsica sebelum membuat percubaan terakhir untuk merampas semula takhtanya. Namun, beliau segera ditangkap oleh Raja Ferdinand IV dari Napoli, dibicarakan atas tuduhan penderhakaan, dan dijatuhi hukuman mati oleh skuad penembak di Pizzo.


Tarikh kenaikkan pangkat

[sunting | sunting sumber]


  1. ↑ Atteridge 1911, Chapter VII.
  2. ↑ Atteridge 1911, Chapter IX.
  3. ↑ Zamoyski 2018.
  4. ↑ Emsley 2014, m/s. 59.
  5. ↑ Atteridge 1911, Chapter XIII.
  • Atteridge, A. Hilliard (1911). Joachim Murat, marshal of France and king of Naples. London: Methuen. Dicapai pada 30 April 2021.{{cite book}}: CS1 maint: publisher location (link)
  • Bonar, Hugh S. (Jr.) (1989). Joachim Murat : lieutenant of the Emperor. Consortium on Revolutionary Europe 1750–1850 (University of Florida), Articles relatifs totalement ou partiellement à la période 1795–1815, Proceedings.
  • Caulaincourt, Armand-Augustin-Louis de (1935). With Napoleon in Russia: the memoirs of General de Caulaincourt. Dicapai pada 28 April 2021.
  • Chavanon, Jules and Georges Saint-Yves (1905). Joachim Murat (1767–1815). Libraire Hachette.
  • Cole, Hubert (1972). The Betrayers: Joachim and Caroline Murat. Eyre Methuen.
  • Connelly, Owen (2006). Blundering to Glory: Napoleon's Military Campaigns. Rowman & Littlefield. ISBN 9780842027809. Dicapai pada 28 April 2021.
  • Emsley, Clive (2014). Napoleon: Conquest, Reform and Reorganisation. Routledge. ISBN 978-1317610281. Dicapai pada 16 June 2021.
  • Fisher, Herbert A. L. (1903). Studies in Napoleonic Statesmanship Germany. Oxford: Clarendon press. Dicapai pada 28 April 2021.
  • Kircheisen, F.M. (2010). Memoires Of Napoleon I. Dicapai pada 28 April 2021.
  • McLynn, Frank (2002). Napoleon: A biography. New York: Arcade. ISBN 978-1-55970-631-5.
  • Murat, Caroline (1910). My Memoirs. London. Dicapai pada 28 April 2021.{{cite book}}: CS1 maint: location missing publisher (link)
  • Phipps, Ramsey Weston (1926). Armies of the First French Republic: And the Rise of the Marshals of Napoleon I. Oxford University Press, H. Milford. Dicapai pada 28 April 2021.
  • Riehn, Richard K. (1990). 1812 : Napoleon's Russian campaign. McGraw-Hill. ISBN 9780070527317. Dicapai pada 28 April 2021.
  • Zamoyski, Adam (2004). Moscow 1812: Napoleon's Fatal March. Harper Collins. ISBN 9780061075582. Dicapai pada 9 April 2021.
  • Zamoyski, Adam (2018). Napoleon: A Life. Hachette. ISBN 9781541644557. Dicapai pada 19 June 2021.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]
Joachim Murat
House of Murat
Tarikh keputeraan: 25 March 1767 Tarikh kemangkatan: 13 October 1815
Gelaran pemerintah
Gelaran baharu Duke Besar Berg
15 Mac 1806 – 1 Ogos 1808
Diikuti oleh:
Louis II
Didahului oleh
Joseph I
Raja Napoli
1 Ogos 1808 – 19 Mei 1815
Diikuti oleh:
Ferdinand IV
Bangsawan Perancis
of the Empayar Perancis Pertama
Gelaran baharu Putera Murat Diikuti oleh:
Achille Murat

Templat:Napoleonic Wars Templat:Kings of Naples