Joe Rosenthal
Joe Rosenthal | |
---|---|
![]() | |
Kelahiran | Joseph John Rosenthal 9 Oktober 1911 |
Meninggal dunia | 20 Ogos 2006 | (umur 94)
Warganegara | ![]() |
Pekerjaan | Wartawan, fotografer |
Terkenal kerana | Fotografer Rising the flag on Iwo Jima |

Menegakkan bendera di Iwo Jima
Joe Rosenthal (9 Oktober 1911 – 20 Ogos 2006) adalah seorang jurugambar Amerika Syarikat, yang mendapatkan Hadiah Pulitzer untuk foto sepasukan askar Amerika Syarikat menegakkan bendera di Gunung Suribachi dalam Pertempuran Iwo Jima yang menjadi lambang Perang Dunia Kedua di mata Amerika Syarikat.
Biografi
[sunting | sunting sumber]Rosenthal dilahirkan di lahir di Washington, D.C., 9 Oktober 1911 dalam sebuah keluarga Yahudi di Washington, D.C.. Minatnya terhadap fotografi dimulai sebagai hobi. Beliau pindah ke San Francisco, California pada masa Depresi Besar dan tinggal bersama kakaknya sementara beliau mencari pekerjaan. Beliau menjadi wartawan dan jurugambar untuk San Francisco News pada 1932.
Rosenthal ditolak oleh Angkatan Darat sebagai jurugambar kerana pandangan matanya yang kurang awas. Sebab itu beliau bergabung dengan Associated Press dan ikut serta dengan Marinir di Medan Operasi Pasifik pada masa perang tersebut. Fotonya yang menggambarkan lima orang marinir dan seorang Angkatan Laut sedang menegakkan bendera di Gunung Suribachi ("Menegakkan Bendera di Iwo Jima") menjadi salah satu foto yang paling terkenal tentang perang ini. Hak cipta foto ini dimiliki oleh Associated Press.
Tahun 1945 beliau meninggalkan AP dan bekerja sebagai jurugambar untuk San Francisco Chronicle. Beliau bekerja di sana selam 35 tahun, lalu pensiun.
Rosenthal banyak diwawancarai setelah tragedi 11 September 2001 ketika Thomas E. Franklin merekam sebuah foto yang serupa yang menggambarkan Semangat Titik Nol. Foto ini melukiskan tiga pasukan pemadam kebakaran sedang berusaha menegakkan bendera di World Trade Center. Rosenthal dan Franklin bertemu beberapa kali setelah kejadian itu.
Rosenthal meninggal dunia pada 20 Ogos 2006 kerana sakit tua berusia 94 tahun di sebuah pusat perawatan di kota Novato, tidak begitu jauh dari San Francisco.
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]- (Inggeris) CNN.com, Joe Rosenthal meninggal dunia pada usia 94 tahun
- (Inggeris) Joe Rosenthal @ sanjose mercury news Diarkibkan 2006-08-29 di Wayback Machine
- (Inggeris) Marinir berkisah tentang Iwo Jima[pautan mati kekal]
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- Mark Edward Harris. "Joe Rosenthal: The Road to Glory". In: Camera & Darkroom (ed.), Volume 16 Number 6 (Juni 1994). Beverly Hills, CA. hlm. 40-49.
- Hal Buell. Uncommon Valor, Common Virtue: Iwo Jima and the Photograph that Captured America (Mei 2006). New York, NY.