John Marston

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
John Marston
Watak Red Dead
Kemunculan pertama Red Dead Redemption (2010)
Kemunculan terakhir Red Dead Redemption 2 (2018)
Dicipta oleh Rockstar San Diego
Dilakonkan oleh Rob Wiethoff
Informasi
GelaranJim Milton
PasanganAbigail Roberts
AnakJack Marston
KewarganegaraanAmerika

John Marston ialah salah satu protagonia dalam siri permainan video Red Dead yang dibangunkan oleh Rockstar Games. Marston ialah watak yang boleh dimainkan dalam ansuran pertama siri ini, Red Dead Redemption.

Alkisah selepas berakhirnya masa Wild West di Amerika Syarikat, Marston dipaksa oleh dua ejen biro penyiasatan persekutuan, Ejen Archer Fordham dan Ejen Edgar Ross memburu rakan-rakan lamanya yang masih hidup sebagai syarat jika ingin keluarga bebas dari dakwaan republik. Marston yang sedar akan masa lalunya sebagai penjenayah itu harus menghadapi rakan-rakan lama ketika masih menyertai kumpulan samseng Dutch van der Linde.

Marston ialah protagonis dalam DLC zombi permainan RDR yang bertajuk Undead Nightmare, Marston salah satu daripada watak penyokong penting dalam siri prekuel tahun 2018 bertajuk Red Dead Redemption 2. Ia juga boleh dimainkan selepas kematian protagonis sebenar siri itu. Dalam permainan prekuel, Marston ditampilkan watak yang kurang ramah dan teruk dalam tata susila tetapi setia membersamai kumpulan samseng lamanya yang sudah ia menyananya seperti keluarga sendiri.

Samseng itu bersurai selepas serangan-serangan Pinkerton (pengawal swasta/sewaan syarikat) yang semakin ganas, berkhianatnya Micah kepada pemerintah dan keadaan mental pemimpin mereka yang bertambah sakit. Arthur Morgan mengorbankan dirinya agar Marston mampu melarikan diri dari kejaran Pinkerton. Morgan pun yang sudah sakit TB tetap mampu bertahan tetapi terbunuh selepas bertarung melawan Micah yang sudah menunggu kematiannya sedari awal. Marston yang mendengar khabar kematiannya kemudian memulakan kehidupan baharu yang lebih jujur dengan Abigal isterinya, Jack anaknya, dan Encik Lumbago sebagai petani dan pemburu haiwan. Tetapi hal itu ia perbuat baru selepas membalaskan dendam Morgan.

Rob Wiethoff melakonkan John Marston dalam kedua-dua permainan dengan teknik merakam, tangkapan gerakan. Watak itu dibangunkan sebagai watak dengan sifat yang sayang pada keluarga dan bersetuju berbuat apapun demi keselamatan mereka dalam permainan pertama. Apabila dalam prekuel, sifat Marston berbanding 180°. Wiethoff melihat kehidupan mudanya sebagai inspirasi melakonkan bahasa tubuh Marstom. Beberapa penulis juga mempunyai pandangan bahawa kisah John di permainan pertama mungkin mengehadkan dalam permainan kedua. Watak itu diterima dengan sangat baik daripada ahli pengkritik ataupun pemain atas sifat sayang keluarga, kebimbangan antara baik dan buruk, dan kembalinya ia ke kehidupan samseng selepas masa Wild West berakhir. Wiethoff mendapat banyak bon dan kepopularan dari mengalih suara dan melakonkan Marston.