Jumaat Hitam

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pusat membeli-belah DC USA di Washington, D.C. pada Jumaat Hitam

Jumaat Hitam (bahasa Inggeris: Black Friday) ialah nama bukan rasmi untuk hari selepas Hari Kesyukuran di Amerika Syarikat, iaitu hari Khamis ke-4 dalam bulan November, dan telah dipandang secara umumnya sebagai permulaan musim membeli-belah Krismas negara sejak tahun 1952, walaupun istilah "Jumaat Hitam" tidak diiktiraf secara meluas atau diguna sehingga awal kurun ke-21.

Walaupun terdapat percubaan yang sering dilakukan untuk mengawal gerombolan pembeli, kecederaan kecil merupakan perkara biasa antara orang ramai, dan biasanya berlaku akibat ditolak atau dibaling ke tanah dalam kumpulan kawanan kecil. Hari selepas Hari Kesyukuran sebagai permulaan bukan rasmi musim membeli-belah cuti mungkin dapat dikaitkan dengan idea perarakan Santa Claus. Sejak beberapa tahun, peruncit memindahkan waktu perniagaan pada Jumaat Hitam lebih awal, sehingga mencapai tengah malam dan juga sebelum bermulanya senja Hari Kesyukuran.[1]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Li, Shan (November 21, 2011). "Black Friday becoming Black Thursday as stores open on Thanksgiving". Los Angeles Times. Dicapai pada November 22, 2011.