KD Sri Terengganu

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Kapal Ex-KD Sri Terengganu merupakan sebuah kapal ronda Tentera Laut DiRaja Malaysia (TLDM) yang disumbangkan oleh Kementerian Pertahanan kepada Muzium TLDM. Kapal ini telah beroperasi selama 31 tahun dan belayar sejauh 68,926 batu nautika di bawah pimpinan 24 orang Pegawai Pemerintah. Ia pernah terlibat dalam menjaga keamanan semasa Konfrontasi Indonesia dan operasi rondaan di pantai timur Semenanjung.

Kapal Ex-KD Sri Terengganu ditempah khas oleh Kerajaan Malaysia dari Syarikat Vosper Limited, Portsmouth, England dalam tahun 1961 dan ditauliahkan pada 16 Disember 1963. Pada tahun 1994, TLDM telah bersetuju untuk menyerahkan kapal ini kepada Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) untuk:

  • melengkapkan koleksi Muzium TLDM supaya dapat mempamerkan sebuah kapal ronda DiRaja bagi tatapan masyarakat tempatan dan pelancong asing, disamping menghayati suasana di atas kapal bersama peralatan yang digunakan;
  • menghayati sejarahnya semasa konfrontasi dengan kerajaan Indonesia pada tahun 1963.

PERZIM telah melantik syarikat perkapalan Naval Dockyard Sdn. Bhd. untuk membaik-pulih kapal yang menelan belanja sebanyak RM160,000. Pada 6 Januari 1996, kapal ini di bawa ke Melaka melalui jalan laut oleh Megalith Sdn. Bhd. dengan kerjasama pegawai dan anak kapal TLDM sendiri.