KISMAS

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

KISMAS atau Konvensyen Industri Sukan Malaysia adalah satu platform yang diusahakan oleh Bahagian Industri Sukan, Kementerian Belia dan Sukan Malaysia bersama Institut Sukan Negara (ISN) bagi merangsang pembangunan industri sukan Malaysia. Objektif utama KISMAS adalah untuk merumuskan resolusi bagi menjana sukan sebagai industri di Malaysia dengan lebih profesional, teratur, berkualiti, kompeten dan menguntungkan.

KISMAS I[sunting | sunting sumber]

Konvensyen kali pertama yang telah diadakan pada 7 dan 8 Ogos 2009 bertempat di Berjaya Times Square, Kuala Lumpur telah berjaya menghimpun seramai 600 orang penggerak industri sukan Malaysia dalam satu konvensyen dan membincangkan tindakan dan keperluan industri sukan Malaysia daripada pemain-pemain industri yang berkongsi kepakaran dalam pembentangan sebanyak 8 kertas perbincangan.

Sebanyak 8 resolusi telah dirumuskan pada akhir konvensyen tersebut dan Perdana Menteri Malaysia, Dato' Sri Mohd Najib bin Tun Hj Abdul Razak seterusnya mengisytiharkan tahun 2011 sebagai "Tahun Industri Sukan Malaysia".[perlu rujukan]

KISMAS II[sunting | sunting sumber]

KISMAS II diadakan pada 28 - 30 Oktober 2010 di Palace of Golden Horses, Seri Kembangan, Selangor.[1]

Rujukan[sunting | sunting sumber]