KRI Andau

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

KRI Andau (650) merupakan kapal perang tentera laut Indonesia jenis kapal peronda anti kapal selam yang sentiasa bersedia mempertahankan negara pulau Indonesia.

Kapal KRI Andau milik Indonesia merupakan kapal kelas Andau (PB 57 Mk II) jenis kapal peronda anti kapal selam. KRI Andau memenuhi keperluan Indonesia dan berperanan mempertahankan Indonesia dari kapal-kapal musuh. KRI Andau dibina oleh Lurssen Werft, Bremen. Ia dilancarkan pada 1988. KRI Andau merupakan kapal yang dipertingkatkan keupayaannya berbanding kelas kapal sebelumnya. Sebahagian peralatan dan badan kapal dibina di Jerman dan dipasang di Indonesia. Ia dibina oleh syarikat binaan Lurssen, Vegesack, Jerman dan P.T. PAL SY, Surabaya.

Kapal lain dalam kelas yang sama adalah KRI Andau, KRI Singa, KRI Tongkak, dan KRI Ajak.

KRI Andau mempunyai 53 orang anak kapal termasuk pegawai. KRI Andau dilengkapi untuk misi anti kapalselam"anti-submarine warfare".

Kapal KRI Andau sepanjang 58.1 m; 7.62meter * 2.75meter ( 190.6 kaki panjang * 25 kaki * 9 kaki) mempunyai kelajuan bertempur pada 27.25. KRI Andau mempunyai seseran 423 tan penuh.

TORPEDO[sunting | sunting sumber]

2 tiub torpedo 21 inci berkembar.

PELURU BERPANDU[sunting | sunting sumber]

Tiada maklumat

MERIAM[sunting | sunting sumber]

Meriam utama kapal perang KRI Andau yang dipasang pada dek hadapan, adalah meriam tunggal Bofor 57 mm/70 kaliber yang mampu memuntahkan 200 biji/minit pada jarak 17 km ( 9.3 batu nautikal) menawarkan pertahanan udara jarak-dekat terhadap pesawat sayap kekal dan pesawat sayap berputar dan terhadap peluru berpandu anti-kapal yang datang. Berat termasuk sarung "weight to shell" 2.4 kg.

Terdapat juga satu mesingan 40 mm dan dua mesingan 20 mm.

PENANGKIS "COUNTERMEASURES"[sunting | sunting sumber]

Sonar: PHS-32 hull mounted MF EW: DR-2000 S3 intercept, Dagie decoy RL

KRI Andau dilengkapi dengan sistem pemintas EW: DR-2000 S3 dengan sistem pelancar umpan chaff Dagie decoy RL.

PENGESAN[sunting | sunting sumber]

KRI Andau memiliki sonar pengesan pada badan kapal PHS-32 ('ML').

TUJAHAN[sunting | sunting sumber]

Kapal KRI Andau mempunyai dua enjin disel yang disambung kepada dua gandar yang menghasilkan 8,260 bhp secara berterusan dengan kelajuan 27.25 knot.

Pegawai pemerintah KRI Andau[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]