Kabinet Bayangan Pembangkang Rasmi United Kingdom

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Kabinet Bayangan Pembangkang Rasmi United Kingdom ialah barisan jemaah menteri bayangan yang dianggotai oleh ahli parlimen pembangkang. Tugas utama kabinet ini adalah untuk menjadi kuasa semak dan imbang dalam pentadbiran United Kingdom. Sekiranya pembangkang membentuk kerajaan, maka ahli-ahli kabinet bayangan ini selalunya akan dilantik sebagai menteri dengan portfolio yang sama disandang sebelumnya.

Sejak tahun 2010, Parti Buruh merupakan parti terbesar blok pembangkang dan membentuk kabinet bayangan. Kabinet terkini dipimpin oleh Keir Starmer selaku Pemimpin Parti Buruh dan Ketua Pembangkang.

Parti-parti kecil yang turut duduk selaku pembangkang juga mempunyai barisan kabinet bayangannya sendiri walaupun jumlah keahlian mungkin lebih kecil.[1][2]

Keahlian[sunting | sunting sumber]

Kabinet Bayangan Pembangkang Rasmi United Kingdom[3][4]
Portfolio Pemegang jawatan Kawasan Parlimen Memegang jawatan sejak
Menteri bayangan
Ketua Pembangkang

Pemimpin Parti Buruh

Keir Starmer Holborn and St Pancras Apr 2020 – kini
Timbalan Ketua Pembangkang

Timbalan Pemimpin Parti Buruh

Setiausaha Negara Pertama Bayangan

Angela Rayner Ashton-under-Lyne Apr 2020 – kini
Canselor Pertuanan Lancaster Bayangan

Menteri Bayangan di Pejabat Kabinet

Setiausaha Negara Bayangan bagi Pekerjaan Masa Hadapan

Mei 2021 – kini
Canselor Perbendaharaan Bayangan Rachel Reeves Leeds West Mei 2021 – kini
Setiausaha Negara Bayangan bagi Hal Ehwal Luar Negeri dan Komanwel David Lammy Tottenham Nov 2021 – kini
Setiausaha Negara Bayangan bagi Jabatan Dalam Negeri Yvette Cooper Normanton, Pontefract and Castleford Nov 2021 – kini
Tuan Canselor Bayangan

Setiausaha Negara Bayangan bagi Keadilan

Steve Reed Croydon North Nov 2021 – kini
Setiausaha Negara Bayangan bagi Pertahanan John Healey Wentworth and Dearne Apr 2020 – kini
Setiausaha Negara Bayangan bagi Perubahan Iklim dan Pelepasan Sifar Ed Miliband Doncaster North Nov 2021 – kini
Setiausaha Negara Bayangan bagi Strategi Perniagaan dan Perindustrian Jonathan Reynolds Stalybridge and Hyde Nov 2021 – kini
Setiausaha Negara Bayangan bagi Perdagangan Antarabangsa Nick Thomas-Symonds Torfaen Nov 2021 – kini
Setiausaha Negara Bayangan bagi Pekerjaan dan Pencen Jonathan Ashworth Leicester South Nov 2021 – kini
Setiausaha Negara Bayangan bagi Kesihatan dan Penjagaan Sosial Wes Streeting Ilford North Nov 2021 – kini
Setiausaha Negara Bayangan bagi Pendidikan Bridget Phillipson Houghton and Sunderland South Nov 2021 – kini
Setiausaha Negara Bayangan bagi Digital, Kebudayaan, Media dan Sukan Lucy Powell Manchester Central Nov 2021 – kini
Setiausaha Negara Bayangan bagi Alam Sekitar, Makanan dan Hal Ehwal Luar Bandar Jim McMahon Oldham West and Royton Nov 2021 – kini
Setiausaha Negara Bayangan bagi Penaiktarafan, Perumahan dan Komuniti Lisa Nandy Wigan Nov 2021 – kini
Setiausaha Negara Bayangan bagi Pengangkutan Louise Haigh Sheffield Heeley Nov 2021 – kini
Setiausaha Negara Bayangan bagi Ireland Utara Peter Kyle Hove Nov 2021 – kini
Setiausaha Negara Bayangan bagi Scotland Ian Murray Edinburgh South Apr 2020 – kini
Setiausaha Negara Bayangan bagi Wales Jo Stevens Cardiff Central Nov 2021 – kini
Setiausaha Negara Bayangan bagi Wanita dan Kesaksamaan Anneliese Dodds Oxford East Sept 2021 – kini
Pengerusi Parti Buruh Mei 2021 – kini
Menteri Negara Bayangan di Pejabat Kabinet Baroness Chapman of Darlington Ahli Dewan Pertuanan Jun 2021 – kini
Turut menghadiri mesyuarat kabinet bayangan
Ketua Setiausaha Perbendaharaan Bayangan Pat McFadden Wolverhampton South East Nov 2021 – kini
Menteri Pembangunan Antarabangsa Bayangan Preet Gill Birmingham Edgbaston Apr 2020 – kini
Menteri Kesihatan Mental Bayangan Rosena Allin-Khan Tooting Apr 2020 – kini
Penyelaras Kempen Parti Buruh Kebangsaan Shabana Mahmood Birmingham Ladywood Mei 2021 – kini
Peguam Negara Bayangan bagi England dan Wales Emily Thornberry Islington South and Finsbury Nov 2021 – kini
Pemimpin Dewan Rakyat Bayangan Thangam Debbonaire Bristol West Mei 2021 – kini
Ketua Whip Pembangkang di Dewan Rakyat Alan Campbell Tynemouth Mei 2021 – kini
Pemimpin Dewan Pertuanan Bayangan Baroness Smith of Basildon Ahli Dewan Pertuanan Mei 2015 – kini
Ketua Whip Pembangkang di Dewan Pertuanan Lord Kennedy of Southwark Ahli Dewan Pertuanan Jun 2021 – kini

Rujukan[sunting | sunting sumber]