Pergi ke kandungan

Kad ucapan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kad ucapan dalam rak

Kad ucapan ialah sejenis kad lipatan bergambar yang berupa ungkapan persahabatan atau sebagainya. Sungguhpun digunakan terutamanya pada upacara-upacara istimewa seperti hari jadi atau hari perayaan, namun kad ucapan juga dihantar sebagai tanda terima kasih atau ungkapan-ungkapan yang seumpamanya. Kad ucapan boleh dikilangkan secara besar-besaran ataupun dibuat dengan tangan, terdapat dalam pelbagai corak dan gaya, dan selalunya dibungkuskan dalam sampul surat. Kad ucapan lazimnya tidak mahal, tetapi yang lebih berhias selalunya lebih tinggi harganya.

Pada zaman teknologi serba canggih, terdapat juga kad ucapan elektronik (e-kad) iaitu kad ucapan yang boleh dikirim secara elektronik melalui e-mel mahupun laman sosial seperti Facebook.



Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah dengan templat tunas yang lebih spesifik.