Kamera pantulan kanta tunggal digital

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Jurugambar dapat melihat subjek sebelum mengambil imej melalui cermin. Apabila mengambil imej, cermin akan ayun ke atas dan cahaya akan pergi ke penderia.
  1. Kanta kamera
  2. Cermin pantulan
  3. Pengatup satah fokus
  4. Penderia imej
  5. Skrin pemfokus mayang
  6. Kanta kondenser
  7. Pentaprisma/pentacermin
  8. Kanta mata pemidang tilik

Kamera pantulan kanta tunggal digital (SLR digital atau DSLR) ialah kamera digital yang menggabungkan optik dan mekanisme kamera pantulan kanta tunggal dengan penderia pengimejan digital.

Skema reka bentuk pantulan ialah perbezaan utama antara DSLR dan kamera digital yang lain. Dalam reka bentuk pantulan, cahaya bergerak melalui kanta dan kemudian ke cermin yang bersilih ganti untuk menghantar imej sama ada ke pemindang tilik atau penderia imej. Pemidang tilik DSLR memperlihatkan imej yang tidak akan banyak berbeza daripada apa yang ditangkap oleh penderia kamera, tetapi memperlihatkannya sebagai pandangan optik langsung melalui kanta, berbanding ditangkap oleh penderia imej kamera dan dipaparkan oleh skrin digital.

DSLR sebahagian besar mengganti SLR berasaskan filem semasa 2000-an, dan walaupun kamera sistem tanpa cermin meningkat kepopularannya pada awal 2010-an, DSLR kekal sebagai jenis paling umum kamera kanta saling boleh tukar digunakan setakat tahun 2019.[petikan diperlukan]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Templat:Photography Templat:Canon DSLR cameras Templat:Konica Minolta/Sony DSLR cameras Templat:Nikon DSLR cameras Templat:Olympus DSLR cameras Templat:Pentax DSLR cameras Templat:Sigma DSLR cameras Templat:Kodak DSLR cameras Templat:Fujifilm DSLR cameras Templat:DSLR cameras with movie mode