Kampung Kituwo Pitas

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

SEJARAH KAMPUNG KITUWO PITAS


Sejarah dari nama Kampung Kituwo ini wujud daripada 3 suku kata dalam bahasa Kimaragang iaitu KI-TU-WO yang bermaksud  ADA TUBA yang diberi nama oleh nenek moyang berdasarkan atas nama sejenis pokok renek iaitu “ TUBA ”. Pokok ini boleh dikenali dari daunnya yang bujur berwarna hijau dan merambat. Getah dari akar tuwo ini berwarna putih susu dan mempunyai bau. Ia digunakan oleh penduduk kampung untuk menuba atau meracun ikan di sungai atau laut bagi meneruskan kehidupan seharian.

Nama Tuba dalam bahasa dusun kimaragang ialah “ TUWO” . Pokok Tuwo ini sangat banyak tumbuh di kawasan kebun sekitar kampung kituwo sehingga kampung ini menjadi tempat untuk mendapatkan akar tuwo. Oleh kerana di kampung ini tuwo tidak pernah pupus dan sangat ramai orang yang datang untuk mengambil akarnya maka nenek moyang ketika itu memberi nama kampung ini dengan nama “KITUWO”.

Sehingga kini, sejarah ini masih diingati oleh penduduk kampung kituwo dan pokok tuba juga masih tumbuh liar di kawasan kebun kelapa.