Kampung kuala slim

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Sejarah awal Kampung Kuala Slim ditandai pada tahun 1915 dengan kedatangan orang-orang melatyu dari Tanjong Malim, Uku Slim, Terolak dan kampung-kampung sekitar yang lain. Tujuan awal kehadiran orang melayu ke Kampung Kuala Slim hanyalah sekadar mencari ikan sebagai sumber mata pencarian di sungai Slim dan sungai Bernam. Pada masa itu di sungai berkenaan terdapat banyak ikan.

Pada tahun 1916 orang melayu yang datang di luar kuala slim telah berusaha memohon tanah untuk penempatan di Pejabat Tanah di Tapah. Mulai 1917 pejabat Tanah di Tapah telah meluluskan permohonan tanah untuk didirikan rumah kediaman. Usaha pertanian juga telah dijalankan oleh pendatang-pendatang awal dengan membuka kebun getah dan lain-lain. Tilau adalah nama awal Kampung Kuala Slim, ini disebabkan kerana terdapat sebuah sungai kecil bernama Tilau.

Tahun 1920 penduduk kampung Kuala Slim kian bertambah. Kebanyakkan penduduk duduk di tepi-tepi sungai memandangkan kemudahan asas yang terdapat disitu terutama air dan sumber makanan seperti ikan dan sebagainya. Penempatan asal adalah berhampiran dengan kuala sungai Slim dan kemudiannya dinamakan Kampung Kuala Slim.

Ketua pada masa itu adalah En. Ismail. Pertambahan penduduk telah mengiatkan aktiviti ekonomi seperti menangkap ikan dan penanaman padi secara kecil-kecilan. Namun begitu perkembangan industri kelapa sawit dan bijih timah sebahagian dari tanah Kampung Kuala Slim telah diambil oleh Ladang Kelapa Bali dan Ladang Lima Belas.

Pengurusan Kampung Kuala Slim dibawa Dato' Ismail berakhir pada 1934 disebabkan keuzuran beliau dan diganti oleh Raja Johor bin Raja Aras pada tahun berkenaan. Beliau telah meluaskan Kampung Kuala Slim ini sehingga tahun 1948.

Pada Tahun 1948 perlantikan ketua kampung Kuala Slim Slim dipilih secara undian buat pertama kalinya. Ketua kampung Kuala Slim yang pertama dipilih secara rasmi ialah En. Mohd Rawi bin Hj. Mohd Yasin. Kampung Kuala Slim semakin berkembang dari masa ke semasa.

Pada awal 1949 usaha-usaha mewujudkan sekolah di Kuala Slim dijalankan. Ianya dimulakan dengan mengadakan sekolah Rakyat dengan tenaga pengajarnya adalah ketua kampung sendiri iaitu En. Mohd Rawi, guru pertama tidak secara rasmi.

Pada tahun 1967 ketua kampung yang baru telah dipilih iaitu En Ujang bin Talib. Banyak perubahan dan pembangunan yang telah berlaku di kampung Kuala Slim. Kini setelah bersilih ganti ketua kampung dan pembangunan kian bertambah serta penduduk yang kian meningkat dari masa ke semasa.

Kini di kampung Kuala Slim terdapat kampung sisipan yang terdiri dari kampung tengah, Kampung Jaya dan kampung-kampung kecil yang lain.