Kapal angkut LNG

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
LNG Rivers, dengan keupayaan 135,000 kubik meter

Kapal Pengangkut Gas Asli Cecair atau lebih dikenali sebagai LNG adalah sebuah kapal yang direka khas untuk tujuan itu. Kapal ini biasanya menggunakan sistem tujahan berkuasa wap dan juga mudah di kenali dengan permulaan "S.S" yang merujuk kepada jenis enjin yang digunakan iaitu Kapal Wap. Penggunaan enjin jenis ini adalah bagi tujuan keselamatan kerana LNG merupakan muatan kargo yang sensitif.

Gas Asli Cecair merupakan gas asli dalam bentuk cecair yang jernih, tanpa bau, tidak mengkakis, dan tidak beracun. Gas Asli Cecair dihasilkan apabila gas asli disejukkan pada negetif 259 darjah Fahrenheit melalui proses yang dikenali sebagai pencairan ("liquefaction"). Dalam proses ini, Gas Asli Cecair yang terutamanya methane, disejukkan di bawah tahap didinya, dalam mana sesetengah penumpuan hidrokarbon, air, karbon dioksida, oksigen, dan sesetengah sebatian belerang samaada dikurangkan atau disingkirkan, menghasilkan gas menthane yang hampir tulin.[1] Gas Asli Cecair juga separuh berat air, dengan itu ia akan terapung sekiranya ia tumpah di air.

Kapal Pengangkut Gas Asli Cecair merupakan kapal dua dinding yang direka khas bagi mengangkut Gas Asli Cecairpada suhu rendah. Kapal pengangkut ini ditebat bagi menghadkan jumlah Gas Asli Cecair yang mendidih atau tersejat. Gas mendidih ini kadang kala digunakan sebagai bahan api tambahan bagi kapal pengangkut ini. Kapal pengangkut Gas Asli Cecair ini biasanya sepanjang sehingga 1,000 kaki dan memerlukan kedalaman air minima 40 kaki apabila muatan penuh. Terdapat sekitar 136 kapal Pengangkut Gas Asli Cecair pada 2011.

Pembinaan baru[sunting | sunting sumber]

Pengangkut LNG dalam pembinaan di dermaga DSME, Okpo

Pada masa kini terdapat ledakan armada kapal LNG, dengan jumlah keseluruhan lebih 140 sedang ditempah diseluruh dunia. Hari ini kebanyakan kapal sendag dibina adalah bersaiz 120,000 m³ hingga 140,000 m³. Tetapi terdapat tempahan bagi kapal dengan kapasiti mengangkut sehingga 260,000 m³. Sehingga 6 March 2010, terdapat 337 kapal LNG terbabit dengan pengangkutan LNG.[2]


Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Liquified Natural Gas (LNG)
  2. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-08-06. Dicapai pada 2012-03-31.


Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]