Pergi ke kandungan

Kapal kelas Landsort

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
MCMV kelas Bedok berlabuh di Pangkalan Tentera laut Changi semasa Rumah Terbuka Tentera laut 2007
Gambaran keseluruhan kelas
Nama:Landsort
Pengguna:Bendera tentera laut Sweden Tentera Laut Sweden Bendera tentera laut Singapura Angkatan Laut Republik Singapura
Sub kelas: kelas Bedok
  • kelas Koster
Jumlah disiapkan:11
Ciri-ciri umum
Jenis: mine countermeasures vessel
Sesaran:
  • 270 tonnes (standard)
  • 360 tonnes (full load)
Panjang: 47.5 m (156 ka)
Lunas: 9.6 m (31 ka)
Draught: 2.3 m (7.5 ka)
Installed power: Two 225 kVA, one 135 kVA
Jana kuasa: empat enjin diesel Saab Scania DSI 14, digabung dengan dua baling-baling Voith Schneider
Halaju: 15 knot (28 km/j)
Jarak: 2,000 batu nautika (4,000 km) at 12 knot (22 km/j)
Sistem penderia dan
pemprosesan:
  • Navigation radar: Terma Electronic I-band navigation radar
  • Sonar: Thales Underwater System TSM-2022 hull-mounted mine hunting sonar
  • EOD: Saab Systems 9LV 100 optronic weapon director
Peperangan elektronik
& pengumpan:
  • ESM: Thales Matilda radar warning system
  • Decoys: Saab Systems Philax decoy launchers
Persenjataan:
Nota:
  • Ships in class include: *Sweden: HMS Landsort (M71), HMS Arholma (M72), HMS Koster (M73), HMS Kullen (M74), HMS Vinga (M75), HMS Ven (M76), HMS Ulvön (M77)
  • Singapore: RSS Bedok (M105), RSS Kallang (M106), RSS Katong (M107), RSS Punggol (M108)

Kapal kelas `Landsort' merupakan kapal perperangan periuk api pelbagai peranan.

Kapal kelas `Landsort' merupakan kapal dengan reka bentuk kompak pelbagai peranan termasuk memasang/memburu/dan menyapu periuk api. Bagi tugas menyapu dan memburu periuk api, kelas ini dilengkapi dengan penyapu mekanikal, akoustik dan magnetik; dan bagi melupuskan periuk api dengan ROV Bofors Double Eagle. Kapal ini boleh mengawal dua katamaran GRP hamba 18 m SAM. Dalam peranan peranan memasang periuk api, rel dipasang selari dikedua belah dek belakang, tetapi bersatu untuk membentuk trek tunggal melepasi transom. Pemasangan penderia termasuk: Radar navigasi Terma Scanter; Matilda ESM; sonar memburu periuk api Thomson Marconi Sonar SAS TSM 2022; pengarah optik-elektro TVT-300 yang dipasang dengan kamera TV dan penentu-jarak laser yang menyuap sistem CelsiusTech 9MJ-400 AIO dan sistem kawalan senjata 9LV-100. Persenjataan terdiri dari satu meriam Bofors 40 mm DP, dua mesingan 7.62 mm GP (2 × 1), Saab Manpads RBS-70 dan empat sembilan laras pelancar roket Peluru Berpandu Saab Elma ASW.

Tujuhan utama adalah oleh empat enjin diesel SAAB-Scania DSI-14 memancu dua bilah Voith-Schneider cycloidal dengan enjin digabung dua oleh sistem transmisi belt kon klutch yang amat senyap. Kuasa eletrik pada 440 V 3-fasa 60 Hz dibekalkan oleh dua 180 kW alternators, setiap satu dipancu oleh enjin disel sokongan 337 bhp SAAB-Scania DSI-11; dan satu 108 kW alternator yang dipancu oleh enjin diesel sokongan 183 bhp SAAB-Scania DN-11. Kesemua set diesel-alternator dipasang pada dek atas bagi mengurangkan tanda bunyi; sementara tujahan kelajuan perlahan dicapai dengan menggunakan hanya satu enjin utama bagi setiap gandar.

Status operasi

[sunting | sunting sumber]

Tujuh unit beroperasi dengan Tentera laut Sweden dan empat unit beroperasi dengam Tentera Laut Republik Singapura.

Spesifikasi

[sunting | sunting sumber]
Length: 47.5 m
Beam: 9.6 m
Draught: 2.2 m
Displacement: 360 t (full load)
Contractor
  • Kockums Karlskronavarvet
  • Karlskrona.