Pergi ke kandungan

Kategori penggunaan tanah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Mengikut Kanun Tanah Negara, iaitu di bawah Seksyen 52, terdapat tiga (3) kategori penggunaan tanah iaitu

  1. pertanian
  2. bangunan
  3. perindustrian


Pihak Berkuasa Negeri (PBN) boleh menentukan kategori penggunaan tanah melalui warta yang dinyatakan di dalam dokumen hak milik. Mengikut Seksyen 52(5) Kanun Tanah Negara, PBN boleh tidak mengenakan kategori jika dapat dikawal melalui Syarat Nyata.

Syarat Tersirat Kategori "Pertanian"[sunting | sunting sumber]

Di bawah Seksyen 115, Kanun Tanah Negara syarat tersirat ini terpakai kepada kategori Pertanian selagi mana ia tidak bercanggah dengan Syarat Nyata. Ia juga bermaksud bahawa tiada apa-apa bangunan boleh didirikan selain dari sebuah bangunan / bangunan-bangunan untuk digunakan bagi maksud:

  • sebuah rumah kediaman tuan punya tanah / orang lain yang duduk secara sah / orang gaji untuk pekerja, tuan tanah dengan keluasan maksima tidak melebihi 1/5 keluasan tanah / 2 hektar - mana-mana yang kurang
  • pertanian
  • mengeluar / memproses bahan mentah dari hasil pertanian
  • menyediakan untuk pengedaran apa-apa bahan / hasil pertanian / hasil madu lebah, ternakan darat / air yang dipelihara
  • kemudahan pendidikan, perubatan, kebersihan / lain-lain kemudahan kebajikan
  • ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Negeri

Selain itu, dalam masa dua belas (12) bulan dari tarikh tanah diberi milik ia perlu ditanam secara jujur. Dan dalam tempoh tiga (3) tahun ia perlu ditanam seluruh kawasan kecuali tempat untuk rumah kediaman dan hendaklah ditanam secara berterusan.[1]

Syarat Tersirat Kategori "Bangunan"[sunting | sunting sumber]

Di bawah Seksyen 116, Kanun Tanah Negara menyatakan bahawa melainkan sekiranya sebuah bangunan telah ada, hendaklah sebuah bangunan yang sesuai didirikan dalam tempoh dua (2) tahun bagi maksud:

  • kediaman
  • pentadbiran / perniagaan / pengangkutan
  • pameran, jualan runcit, membaiki, berniaga, perkhidmatan
  • pendidikan, perubatan, kebersihan, kemudahan kebajikan lain
  • hiburan, makan minum atau permainan
  • difikirkan sesuai oleh PIhak Berkuasa Negeri

Ia juga menetapkan setiap bangunan hendaklah dijaga dan dibaiki, dan tidak boleh dimusnahkan, diubah atau ditambah tanpa kebenaran bertulis pihak berkuasa.[2]

Syarat Tersirat Kategori "Perindustrian"[sunting | sunting sumber]

Mengikut Seksyen 117, Kanun Tanah Negara adalah bagi maksud industri sahaja mendirikan atau menyenggara kilang, bengkel, foundry, gudang, limbungan, jeti, kereta api atau bangunan/pemasangan bagi maksud:

  • perkilangan
  • peleburan
  • pengeluaran dan pengedaran kuasa
  • pemasangan, pemprosesan, penyimpanan, pengangkutan atau pengedaran barang
  • ditetapkan oleh PIhak Berkuasa Negeri

Syarat tersirat ini menetapkan bermula operasi dalam masa tiga (3) tahun dari tarikh berimilik dan setipa bangunan atau pemasangan hendaklah dijaga dan dibaiki. Bangunan atau pemasangan tidak boleh dimusnah, diubah atau ditambah tanpa kebenaran bertulis pihak berkuasa. Tidak menghalang penyenggaraan atau mendirikan apa-apa bangunan bagi kemudahan pendidikan, perubatan, kesihatan atau kebajikan lainnya.[3]