Kawasaki Heavy Industries & CSR Qindao Sifang C151B

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kereta api C151B di Depot Bishan.

Kawasaki Heavy Industries & CRRC Qingdao Sifang C151B ialah unit kereta api elektrik berbilang generasi kelima yang sedang beroperasi untuk laluan Utara Selatan dan Timur Barat bagi Sistem Pengangkutan Gerak Cepat (MRT) di Republik Singapura. 45 kereta api telah dibeli dan kesemuanya telah dihantar ke Singapura setakat 12 April 2017.[1] SMRT mengambil penghantaran 2 kereta api pertama pada 21 Mei 2015. Kereta api-kereta api ini berupaya untuk meningkatkan kekerapan untuk dua laluan MRT Utara Selatan dan Timur Barat.

Kereta api ini mempunyai sistem tarikan IGBT-VVVF yang serupa dengan kereta api C751B dan C151A; ia adalah kereta api pertama yang mempunyai muka depan putih dan logo yang lebih kecil. Unit-unit juga adalah yang pertama dilengkapi dengan STARIS 2.0,[2] yang dibenamkan pada panel atas pintu serta memiliki penggerak pintu elektrik berbanding pengerak pintu pneumatik tradisional bagi stok kereta api laluan Utara Selatan dan Timur Barat, di mana ia membenarkan pengendalian pintu yang lebih lancar dan dipercayai bagi mengurangkan kelengahan.[3] Kini, 14 set kereta api untuk model baru ini berada dalam perkhidmatan tetapi ia hanya beroperasi ketika ujian pengisyaratan laluan Utara Selatan.

Proses pembuatan[sunting | sunting sumber]

Kawasaki bertanggungjawab untuk kesemua pengurusan projek, reka bentuk, penghasilan bogi dan pemerolehan komponen utama. CRRC Sifang pula bertanggungjawab dalam pembuatan, penyesuaian dan pemasangan akhir bagi keseluruhan kereta api serta ujian kilang. Kawasaki seterusnya bertanggungjawab untuk penghantaran kereta api MRT lengkap ke depot; ujian di tapak dan penjayaan. Kereta api MRT yang baru dijadualkan untuk dihantar ke Singapura dari 2015 dan seterusnya.[4]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "New signalling system trials extended to full day every Sunday: SMRT, LTA". Channel NewsAsia. 12 April 2017.
  2. ^ "SMRT Boosts Service Excellence Efforts with first Customer Experience Innovation Conference". SMRT Corporation. 21 Januari 2016.
  3. ^ "FUJI Electric Powered Passenger Door System installed in C151B train". SMT Rolling Stock Ltd.
  4. ^ "LTA Singapore Orders 132 MRT Cars". Kawasaki.