Kawasaki Heavy Industries C151

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Kereta api C151 yang telah dibaik pulih

Kawasaki Heavy Industries C151, kadang–kala disingkatkan kepada C151 atau KHI C151 merupakan unit kereta api elektrik berganda generasi pertama untuk laluan Utara Selatan dan Timur Barat di Sistem Pengangkutan Gerak Cepat (MRT) Singapura. Kereta api jenis adalah yang tertua di dalam sistem MRT; diperkenalkan pada tahun 1987 dan ia masih lagi digunakan sehingga sekarang. 66 set kereta api terdiri daripada enam gerabak setiap satu ini dikendalikan oleh syarikat berasaskan laba, SMRT Trains, anak syarikat bagi SMRT Corporation.

Kereta api–kereta api ini dihasilkan dari 1986 hingga 1989 secara berkelompok oleh konsortium Jepun iaitu Kawasaki Heavy Industries, Nippon Sharyo, Tokyu Car Corp dan Kinki Sharyo berikutan pusingan persaingan pembidaan yang sengit oleh pengeluar stok kereta api dari seluruh dunia. Tiada perbezaan yang dapat dilihat boleh didapati pada mana–mana kelompok ini, yang dibina berdasarkan spesifikasi yang dipersetujui.