Kazuki Takahashi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Kazuki Takahashi

Kazuki Takahashi (高橋 和希 Takahashi Kazuki, dilahirkan pada 4 Oktober, 1961 di Tokyo) ialah pencipta manga Yu-Gi-Oh!, yang kemudiannya menjadi versi anime, Toei Animation Yu-Gi-Oh! dan Yu-Gi-Oh! Duel Monsters (dikenali di antarabangsa sebagai Yu-Gi-Oh!), dan juga terbitan turunan manga (Yu-Gi-Oh! R), terbitan turunan anime (Yu-Gi-Oh! GX, Yu-Gi-Oh! Duel Monsters GX di Japun), serta beberapa permainan video dan buku.

Takahashi bermula sebagai mangaka (penulis manga) pada tahun 1982. Karyanya yang pertama, Tokiō no Tsuma (闘輝王の鷹), diterbitkan pada tahun 1990, dengan Tennenshokudanji Buray (天然色男児BURAY), salah satu karyanya yang terawal, diterbitkan dalam dua jilid dari tahun 1991 hingga tahun 1992. Bagaimanapun, Takahashi tidak mencapai sebarang kejayaan sehingga tahun 1996 apabila beliau mencipta Yu-Gi-Oh!

Manga Yu-Gi-Oh! memulakan penggunaan kad Yu-Gi-Oh! yang pada asalnya dikenali sebagai Magic and Wizards, suatu rujukan kepada permainan kad, Magic: The Gathering; nama permainan kad kemudian ditukarkan menjadi Duel Monsters untuk padanan anime. Manga yang asal mempergunakan format bab episod, dengan setiap permainan yang berbeza dimainkan pada setiap bab. Bagaimanapun, Takahashi tidak pernah berhasrat untuk menumpukan manganya pada permainan kad yang diciptanya. Permainan kad Magic and Wizards sebenarnya bertujuan untuk hanya dua bab, akan tetapi Shueisha, penerbit majalah Weekly Shonen Jump menerima terlalu banyak surat daripada peminat yang ingin tahu tentang permainan tersebut. Oleh itu, Takahashi memutuskan untuk melanjutkannya.

Takahashi suka main permainan seperti Shogi (catur Jepun), mahjong (permainan jubin tradisional Cina), kad permainan, dan permainan main peranan meja.[1] Beliau juga suka membaca buku komik Amerika Syarikat, dengan Hellboy merupakan watak komik kesayangannya. Takahashi dan Mike Mignola, pencipta buku komik Hellboy, pernah saling bertukar seni, dengan Takahashi melukis gambar Hellboy dengan gaya rambut Yugi Mutou, Teka-teki Milenium, dan cakera perang. Mignola pula melukis gambar Hellboy yang memakai Teka-teki Milenium dan kemeja T Yugi.[2]

Takahashi juga bermuafakat dengan Yoshio Sawai. Beliau menghantarnya gambar Yugi yang digunakan dalam manga Bobobo-bo Bo-bobo (Bobobo membuat Yugi melepaskan gaya rambut afronya) dan sebagai balasan, memasukkan sapu tangan 'nu' ke dalam salah satu panel Yu-Gi-Oh! semasa arka Mesir.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. "Kazuki Takahashi." Shonen Jump (USA)
  2. "When Yugi Met Hellboy..." Shonen Jump Volume 2, Issue 9. September 2004. VIZ Media. 330.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]