Kebakaran liar Rusia 2010

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Asap menyelubungi Moscow akibat kebakaran

Kebakaran liar Rusia 2010 berlaku pada akhir Julai - Ogos 2010 akibat cuaca panas melampau dan angin kuat di Wilayah Voronezh, Mokhovoe, Vyksa, Nizhny Novgorod, di Daerah persekutuan Pusat Rusia, 84 km dari Moscow. Dianggarkan 28 orang terbunuh setakat 31 Julai,[1] manakala setakat 4 Ogos jumlah yang maut disahkan mencapai 48 orang.[2]

Suhu panas pernah direkodkan era Czar, 130 tahun lalu iaitu mencapai 100 darjah.

Reaksi[sunting | sunting sumber]

Perdana Menteri Rusia Vladimir Putin terbang ke wilayah Vyksa berdekatan Nizhny Novgorod meninjau rumah mangsa yang terbakar. Lebih 2000 orang kehilangan tempat tinggal. Beliau berjanji kerajaan akan membantu membina semula rumah-rumah.

Darurat diisytiharkan menghalang penduduk berjalan ke dalam hutan di beberapa daerah di wilayah Moscow. Ribuan ekar ladang gandum dan ladang barli kering dan musnah. 27 wilayah pertanian diisytiharkan darurat kerana tanaman tidak menjadi.

Presiden Rusia Dmitry Medvedev menyatakan tentera akan dihantar untuk mengawal kebakaran dan akan membeli pesawat anti kebakaran. 100,000 anggota bomba, 2,158 peralatan kebakaran dan 43 pesawat bomba ditugaskan untuk menangani kebakaran.[1]

Rujukan[sunting | sunting sumber]