Kegagalan kuasa elektrik India 2012

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Kegagalan kuasa elektrik India 2012 berlaku di utara India melibatkan 14 buah negeri iaitu pada 31 Julai 2012. Lebih 360 juta penduduk India terpaksa bergelap dan perkhidmatan tren kereta api elektrik tidak dapat berfungsi. Bekalan elektrik putus pada jam 1.02 pagi dan 60 peratus bekalan elektrik pulih menjelang lewat pagi dengan keseluruhan perkhidmatan kembali seperti biasa pada tengah hari .

Antara negeri yang terlibat ialah Jammu dan Kashmir, Himachal Pradesh, Punjab, Haryana, Delhi, Rajasthan, Uttar Pradesh, Bihar, Bengal Barat, Odisha, Jharkhand, Sikkim, Assam, Meghalaya, Tripura, Nagaland, Manipur, Mizoram dan Arunachal Pradesh.

Rangkaian kereta api elektrik terhenti buat sementara dan penumpang terpaksa turun di tengah landasan. Bagaimanapun Lapangan Terbang Antarabangsa Indira Ghandhi berjalan seperti biasa kerana mempunyai bekalan kuasa kedua.

Punca[sunting | sunting sumber]

Menteri Tenaga, Sushilkumar Shinde tanpa mengulas lanjut menyalahkan satu insiden di Agra seagai punca gangguan bekalan elektrik. Cuaca panas yang melampau memaksa penduduk menggunakan elektrik secara berlebihan. Pengggunaan had elektrik melebihi paras normal.[1]

Syarikat Power Grid Corporation of India Limited (PGCIL) menyalahkan kawasan Uttar Pradesh, Punjab dan Haryana yang menggunakan elektrik yang melampaui kapasiti.

Gangguan bekalan elektrik pernah berlaku di beberapa negara seperti di Brazil dan Amerika Syarikat beberapa tahun dahulu. Perdana Menteri India Manmohan Singh mengumumkan peruntukan US$400 juta untuk membaiki sistem bekalan elektrik.

Rujukan[sunting | sunting sumber]