Kejuruteraan keperluan perisian

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Kejuruteraan keperluan perisian ialah langkah pertama dalam usaha pembangunan perisian untuk menentukan dengan jelas apakah sistem perisian tersebut dapat lakukan. Kejuruteraan keperluaan perisian memperbolehkan pencarian apakah yang dapat diselesaikan, dapat ditukarkan, dapat dihasilkan dan dapat disediakan. Selain itu, keperluan perisian memastikan keupayaan perisian memenuhi kehendak kontrak, standard atau spesifikasi. Sumber keperluan-keperluan perisian boleh datang dari pelanggan, operator, pengguna atau spesifikasi sistem. Keperluan boleh dibahagi kepada tiga ketegori, dimestikan, diingini dan diharapkan.

  • Dimestikan ialah keupayan-keupayaan atau ciri-ciri yang diperlukan oleh sistem perisian bagi menyelesaikan masalah.
  • Diingini ialah kemampuan-kemampuan dan ciri-ciri sistem perisian yang diingini oleh pengguna sistem.
  • Diharapkan ialah kemampuan-kemampuan dan ciri-ciri sistem perisian yang diharapkan oleh pengguna sistem.