Kelas kapal

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke pandu arah Pergi ke carian
Dua dari tiga kapal samudera kelas-Olympic yang dibina; Olympic (kiri) dan Titanic (Mac 1912)

Kelas kapal ialah penggolongan kapal dengan reka bentuk yang sama.[1] Ia berbeza dari jenis kapal,[1] yang mungkin mencerminkan persamaan tanan atau penggunaan yang dimaksudkan. Sebagai contoh, USS Carl Vinson ialah sebuah kapal induk nuklear (jenis kapal) dari kelas Nimitz (kelas kapal).

Semasa membina kelas kapal, perubahan reka bentuk mungkin dilaksanakan. Oleh yang demikian, kapal dengan reka bentuk yang berbeza mungkin tidak dianggap daripada kelas yang sama; setiap variasi akan menjadi kelasnya sendiri, atau sub kelas dari kelas original (lihat kruiser kelas-County sebagai contoh). Jika kapal dibina dari kelas yang pengeluarannya dihentikan, satu perbezaan yang sama mungkin dibuat.

Kapal dalam kelas selalunya mempunyai nama yang dikaitkan dengan faktor yang sama: misalnya nama kapal selam kelas-Trafalgar semuanya bermula dengan huruf T (Turbulent, Tireless, Torbay); dan kruiser kelas-Ticonderoga dinamakan sempena pertempuran-pertempuran Amerika (Yorktown, Bunker Hill, Gettysburg, Anzio). Kapal dari kelas yang sama boleh dirujuk sebagai kapal kembar.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b CDR Salamander. "Spreading ship-naming head scratching". Dicapai pada 21 March 2010.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]