Pergi ke kandungan

Kelemumur

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Chemistruu
Imej mikroskopik kepingan wirdani
Penamaan
Nama lainwirdani
Keterangan
PuncaFaktor genetik dan persekitaran[1]
Lokasi puncaScalp (en) Terjemah Sunting nilai ini di Wikidata
Biasa mula berlakuAkil baligh[1]
Jenis
Senarai Senarai
GejalaKulit kepala gatal dan berhabuk[1]
Rawatan
PengkhususanDermatologi
Kaedah diagnosisBerdasarkan gejala yang ada[1]
Diagnosis pembezaanPsoriasis, dermatitis atopik, tinea kapitis, rosasea, eritematosus lupus sistemik[1]
PengubatanKrim antifungal (ketokonazol)[1]
Perangkaan
Kekerapan~50% orang dewasa[1]
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Kelemumur (Jawi: کلمومور) ialah suatu penyakit kulit yang menjejaskan kulit kepala.[1] Simptom-simptomnya termasuk flaking kulit dan rasa kegatalan yang sederhana.[1] Ia boleh menyebabkan masalah sosial atau keyakinan diri.[2][1]

Puncanya tidak dapat dikenal pasti dengan jelas namun ia dipercayai melibatkan beberapa faktor genetik dan persekitaran.[1] Penyakit ini boleh bertambah rumit pada musim sejuk[3] apabila udara persekitaran menjadi lebih kering dan dingin. Ia tidaklan disebabkan kebersihan yang kurang.[4] Mekanismenya turut melibatkan pertumbuhan lebih sel kulit.[3] Diagnosisnya berdasarkan gejala yang boleh dilihat.[1]

Penyakit ini tiada penawar yang dikenal pasti.[5] Ia biasanya dirawat dengan pemakaian krim antikulat seperti ketokonazol.[1] Penyakit ini biasanya muncul ketika akil baligh dan berlanjutan sehingga mencecah usia 50 tahun, di mana kadar berlakunya keadaan ini akan berkurangan selepas umur tersebut.[1] Kelemumur menjejaskan sebanyak separuh daripada orang dewasa; dan golongan lelaki lebih terjejas dari penyakit ini berbanding golongan wanita.[1]

  1. 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 Borda, Luis (2015). "Seborrheic Dermatitis and Dandruff: A Comprehensive Review". Journal of Clinical and Investigative Dermatology. 3 (2). doi:10.13188/2373-1044.1000019.
  2. "A Practical Guide to Scalp Disorders". Journal of Investigative Dermatology Symposium Proceedings. 12: 10–14. Disember 2007. doi:10.1038/sj.jidsymp.5650048. PMID 18004290.
  3. 1 2 Ranganathan, S; Mukhopadhyay, T (2010). "Dandruff: the most commercially exploited skin disease". Indian journal of dermatology. 55 (2): 130–4. doi:10.4103/0019-5154.62734. PMC 2887514. PMID 20606879.
  4. "Dandruff: How to treat". American Academy of Dermatology. Diarkibkan daripada yang asal pada 21 October 2017. Dicapai pada 20 Oktober 2017. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  5. Turkington, Carol; Dover, Jeffrey S. (2007). The Encyclopedia of Skin and Skin Disorders (ed. ke-3). Facts On File, Inc. m/s. 100. ISBN 0-8160-6403-2. Diarkibkan daripada yang asal pada 19 Mei 2016. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]