Keluarga Barmaki

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Keluarga Barmaki adalah keluarga bangsawan berbangsa Parsi yang berasal dari Balkh di Bactria. Keluarga ini menjadi pentadbir yang hebat di bawah pemerintahan kerajaaan Abbasiyah di Baghdad. Khalid bin Barmaki telah dilantik sebagai wazir oleh Khalifah al-Saffah iaitu khalifah pertama kerajaan Abbasiyah. Anaknya Yahya telah membantu Harun al-Rashid menjadi khalifah dan menjadi penasihat penting beliau. Nama keluarga Barmaki ada disebut di dalam Hikayat Seribu Satu Malam.

Sumbangan[sunting | sunting sumber]

Keluarga Barmaki asalnya adalah penyokong gerakan Abbasiyah dalam menentang kerajaan Umaiyah. Khalid Barmaki menjadi begitu berpengaruh sehinggakan anaknya Yahya ibn Khalid menjadi wazir kepada Khalifah al-Mahdi (775-785) dan guru kepada Harun al-Rashid (786-809). Anak Yahya iaitu al-Fadl dan Jafar menjadi pegawai tinggi semasa pemerintahan Khalifah Harun al-Rashid. Keluarga Barmaki menjadi penaung kepada bidang sains dan pendidikan yang memberi sumbangan yang besar kepada dunia Islam. Mereka juga adalah perintis kepada pembinaan kilang kertas yang pertama di Baghdad.

Al-Fadl ibn Yahya telah memperkenalkan pemasangan lampu di masjid semasa bulan Ramadhan.

Kejatuhan[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 803, Khalifah Harun al-Rasyid menjatuhkan hukuman penjara kepada keluarga Barmaki selepas hilang kepercayaan kepada mereka.