Kemalangan Plaza Damas 2005

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Kemalangan Plaza Damas 2005 berlaku pada 30 Disember 2005 apabila acuan besi jatuh dari tingkat 20 Plaza Damas yang sedang dalam pembinaan. Dr Liew Boon Horng (35), pengurus juru perunding Ethos Consultant mati dalam kereta setelah acuan besi dari tingkat 20 terhempas.

Kemalangan itu berlaku di lot 48626 (Fasa 2) Plaza Damas, Blok B, Jalan Hartamas, Mukim Batu, kira-kira pukul pukul 3 petang pada 30 Disember 2005.

Acuan besi seberat hampir 2 tan jatuh di atas kereta BMW yang dipandu Dr Liew semasa hendak memasuki tempat letak kereta Plaza Damas.

Tiada siapa bersalah[sunting | sunting sumber]

Pada 24 Julai 2009, Hakim Mohamad Sekeri Mamat membebaskan penyelia tapak pembinaan, Khew Ah Sum, 52, dari San Meng Construction daripada pertuduhan alternatif bersubahat dengan dua pekerja Indonesia menyebabkan kematian Dr Liew Boon Horng.

Pendakwa gagal membuktikan kes prima facie terhadap Khew.13 saksi pendakawa gagal mengemukakan sebarang bukti kukuh untuk menyabitkan Khew dengan kedua-dua pertuduhan. Khew didakwa cuai dan menyebabkan kematian di tapak pembinaan itu .

Saksi, Prof Madya Ahmad Azlan Mat Isa dari Fakulti Mekanikal, Universiti Teknologi Mara (UiTM) menyatakan bahawa faktor angin mungkin mengakibatkan acuan besi itu terbalik dan jatuh.

Khew diwakili oleh peguam Datuk K. Kumaraendran,.Pendakwaan dilakukan oleh timbalan pendakwaraya Naziah Mokhtar.[1]

Rujukan[sunting | sunting sumber]