Kematian di Hospital Gorakhpur 2017

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kematian di Hospital Gorakhpur
Lokasi Gorakhpur, Uttar Pradesh
Masa2017
LokasiKolej Perubatan BRD, Gorakhpur, Uttar Pradesh, India
Koordinat26°48′44″N 83°24′3″E / 26.81222°N 83.40083°E / 26.81222; 83.40083Koordinat: 26°48′44″N 83°24′3″E / 26.81222°N 83.40083°E / 26.81222; 83.40083
Kematian1,317 (sehingga September 2017)

Sejumlah besar kematian kanak-kanak berlaku di hospital Kolej Perubatan BRD di bandar Gorakhpur, Uttar Pradesh, India pada tahun 2017. Sehingga 2 September 2017, 1,317 orang kanak-kanak telah meninggal di hospital ini bagi tahun 2017. Kematian tahun 2017 ini telah menarik perhatian media pada bulan Ogos, apabila 3250 orang kanak-kanak mati telah di hospital. Jumlah itu sebenarnya telah menurun berbanding tahun-tahun sebelumnya, apabila jumlah kematian kanak-kanak pada tahun 2014 ialah 5,850 orang; 6,917 pada tahun 2015; dan 6,121 pada 2016.[1][2]


Sindrom ensefalitis akut (AES) adalah penyebab utama kematian: sehingga 29 Ogos 2017, 175 orang kanak-kanak telah mati akibat ensefalitis (termasuk 77 pada bulan Ogos sahaja). [3] Pada tahun 2016, jumlah kematian pula adalah sebanyak 641 orang kanak-kanak.[4]

Kematian kanak-kanak[sunting | sunting sumber]

Hopsitak Kolej Perubatan BRD adalah salah satu hospital kerajaan terbesar di Uttar Pradesh yang memiliki kemudahan khusus untuk merawat ensefalitis pediatrik dan neo-natal. Beberapa kematian kanak-kanak telah berlaku sejak tahun 1978, iaitu ketika wabak ensefalitis pertama melanda Gorakhpur. Pada tahun 1978-2017, sekitar 25,000 orang kanak-kanak telah mati akibat ensefalitis.[5]

Pada tahun 2017, sehingga 3 September 2017, seramai 1,317 orang kanak-kanak telah mati. Jumlah ini menyaksikan penurunan berbanding tahun-tahun sebelumnya.[1][2]

Trend of child deaths at BRD Medical College Hospital[1][2]
Tahun Jumlah kanak-kanak ditahan Jumlah kanak-kanak mati Anggaran jumlah kematian kanak-kanak setiap hari
2014 51,018 5,850 16
2015 61,295 6,917 19
2016 60,891 6,121 17
2017 (sehingga 2 September) N/A 1,317 5.3

Sehingga 2 September 2017, bulan Ogos menyaksikan jumlah kematian kanak-kanak paling tinggi (325):[1][2]

Kematian dalam bulan Ogos[sunting | sunting sumber]

Kematian kanak-kanak di hospital ini menarik perhatian media sekitar 7-13 Ogos 2017, apabila Raj Babbar dan beberapa individu yang lain telah menyumbangkan oksigen cair kepada pihak hospital setelah bekalannya diputuskanya oleh pembekal apabila tidak menerima pembayaran dari kerajaan -- walau bagaimanapun, pembekal menafikan mereka telah memutuskan bekalan. Laporan mengatakan pembekal oksigen kepada Kolej Perubatan BRD telah dihentikan akibat hutang US$50,000 yang tidak dijelaskan oleh kerajaan.[6] Bermula pada 10 Ogos 2017, 30 orang kanak-kanak meninggal dunia dalam masa 48 jam: 17 orang kanak-kanak dalam wad neo-natal, lima dalam wad AES dan lapan dalam wad biasa.

Tarikh Jumlah kematian
NICU AES Non-AES Jumlah
7 Ogos[7] 4 2 3 9
8 Ogos[7] 7 3 2 12
9 Ogos[7] 6 2 1 9
10 Ogos[7] 14 3 6 23
11 Ogos[7] 3 2 2 7
12 Ogos[8] 11
13 Ogos[8] 0 1 0 1
Jumlah 72[8]

Penyiasatan[sunting | sunting sumber]

Pengetua hospital, RK Mishra telah digantung tugas pada 12 Ogos oleh Kerajaan Uttar Pradesh atas sebab kecuaian, yang mana selepas itu beliau bertindak meletak jawatan.[9] Pada 13 Ogos, ketua wad ensefalitis, Kafeel Khan, telah dikeluarkan dari jawatan pegawai nod.[10]

Pada 14 August, Pushpa Sales, pembekal oksigen kepada hospital, mengeluarkan kenyataan bahawa tidak pernah menghentikan bekalan walaupun pihak hospital masih tidak membuat pembayaran bagi pembekalan yang lepas. Manish Bhandari, pengarah urusan syarikat tersebut menyatakan, "Kerajaan perlu mencari mengapa terdapat hanya kira-kira 50 siolinder berbanding 400 pada hari tersebut ketika berlakunya kematian. Saya mengesyaki berlaku kecurian silinder oksigen yang besar, dan kerajaan perlu menyiasat mengenai itu."[11]

Reaksi[sunting | sunting sumber]

Pada 12 Ogos, Pejabat Perdana Menteri India Narendra Modi berkata beliau sentiasa "memantau" situasi ini bersama Menteri Kesihatan, Anupriya Patel dan Union Health Secretary.[12] Siddharth Nath Singh, Menteri Kesihatan Uttar Pradesh, menafikan kekurangan oksigen punca kematian.[13] Ketua Menteri Uttar Pradesh, Yogi Adityanath mengarahkan siasatan dilakukan dan beliau telah melawat hospital tersebut pada 13 Ogos 2017.[14]

Kongres Kebangsaan India (INC) pula meminta penyiasatan berasingan dilakukan dan dilakukan oleh Mahkamah Agung India.[15]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c d "Sharp drop in BRD hospital deaths this year: Govt data". The Times of India. 3 September 2017.
  2. ^ a b c d "Sharp drop in BRD hospital deaths this year: Govt data". Indian Express. 3 September 2017.
  3. ^ "36 children die in last 48 hours at Gorakhpur's BRD medical college". DNA. 29 August 2017.
  4. ^ Rajesh Kumar Singh (12 August 2017). "Gorakhpur hospital tragedy: BRD Medical College has seen more than 3,000 child deaths in six years". Hindustan Times.
  5. ^ Prabhash K Dutta. "Gorakhpur has a history of children's deaths, 25,000 kids have lost lives to encephalitis". India Today.
  6. ^ Gettleman, Jeffrey; Kumar, Kari (11 August 2017). "30 Children Die in Indian Hospital Over 2 Days; Critics Cite Oxygen Shortage". The New York Times. Dicapai pada 13 August 2017.
  7. ^ a b c d e "Gorakhpur hospital tragedy: Three more children die, toll rises to 63 in five days". scroll.in. 12 August 2017. Dicapai pada 15 August 2017.
  8. ^ a b c "Gorakhpur hospital deaths: Yogi Adityanath, J P Nadda visit BRD as death toll rises to 72". The Indian Express. 13 August 2017. Dicapai pada 13 August 2017.
  9. ^ Husain, Yusra (12 August 2017). "Gorakhpur hospital deaths: BRD Medical College principal suspended". The Times of India. Dicapai pada 13 August 2017.
  10. ^ Dixit, Pawan. "Gorakhpur deaths: Doctor who was hailed as 'hero' removed from BRD hospital post". Hindustan Times. Dicapai pada 15 August 2017.
  11. ^ "Gorakhpur: Vendor says supply never stopped, thefts likely". The Times of India. Dicapai pada 15 August 2017.
  12. ^ Udayakumar, Ganesh Kumar Radha (12 August 2017). "PM Narendra Modi is constantly monitoring situation in Gorakhpur, his office says". India Today. Dicapai pada 13 August 2017.
  13. ^ Sharma, Aman (13 August 2017). "Oxygen doesn't seem to be reason for Gorakhpur children dying: UP Health Minister SN Singh". Dicapai pada 13 August 2017.
  14. ^ Basu, Snigdha (13 August 2017). "Facing Anger, Yogi Adityanath Visits Gorakhpur Hospital: 10 Points". NDTV. Dicapai pada 13 August 2017.
  15. ^ "Congress Calls For Supreme Court Monitored Probe Into Gorakhpur Deaths". NDTV. 13 August 2017. Dicapai pada 13 August 2017.