Pergi ke kandungan

Kemelut politik Romania 2021

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Sebuah krisis politik di Romania telah berlaku pada 1 September 2021 yang melibatkan kedua-dua parti utama kabinet Cîțu, yakni Parti Liberal Kebangsaan (PNL) dan Kesatuan Selamatkan Romania (USR). Krisis ini juga melibatkan bekas Perdana Menteri Ludovic Orban (PNL) yang bakal bertanding menentang Perdana Menteri Florin Cîțu (PNL) dalam pilihan raya kepimpinan ketika sebuah kongres parti pada 25 September, dengan kemenangan Cîțu. Orban kemudiannya meletak jawatannya sebagai Presiden Dewan Rakyat, dan seterusnya dibuang daripada PNL.

Krisis ini terbentuk melalui ketaksetujuan suatu program pelaburan Anghel Saligny yang bertujuan untuk membangunkan petempatan negara yang disokong Cîțu tetapi ditentang kuat oleh USR PLUS sehingga para menteri parti itu memboikot sebuat mesyuarat pemerintahan. Sebagai tindak balas, Cîțu memecat Menteri Keadilan Stelian Ion (USR) lalu menamakan Menteri Dalam Negeri Lucian Bode (PNL) sebagai interim, menyebabkan terbentuknya krisis. Kemudian, USR PLUS bersama-sama parti pembangkang nasionalis Pakatan Perpaduan Orang Romania (AUR) menghantar usul tidak percaya kepada kabinet Cîțu, dan pada 7 September, semua menteri USR PLUS meletak jawatan mereka. Pada hari esok, Cîțu memecat semua setiausaha dan pengawas negara berdasarkan kedudukan mereka dengan USR PLUS.

Pilihan raya kepimpinan PNL menundakan usul tak percaya sehingga selepas kongre berikutan aduan kepada Mahkamah Perlembagaan Romania yang dihantar Cîțu. Dengan itu, pembangkang utama Parti Demokratik Sosial (PSD), parti terbesar dalam Parlimen menghantar usul tak percaya kedua yang dibaca pada 30 September, dan pada 5 Oktober, kabinet Cîțu dibubarkan. Susulan kejadian, Presiden Klaus Iohannis menetapkan Dacian Cioloș daripada USR sebagai Perdana Menteri, dan kemudiannya Nicolae Ciucă (PNL), tetapi Cioloș dibantah Parlimen manakan Ciucă pula mengundurkan diri. Rundingan antara PSD, PNL dan UDMR untuk membentuk majoriti baharu berlaku sepanjang November, dan Ciucă diusulkan sekali lagi sebagai Perdana Menteri pada 22 November. Krisis berakhir dengan kemunculan kabinet Ciucă pada 25 November.[1]