Kemerdekaan Tibet

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Bendera yang khusus untuk Pemerintah Buangan Tibet di Dharmasala, India sejak tahun 1916. Bendera ini sering dikibarkan aktivis yang memperjuangkan pemisahan Tibet; ia turut diharamkan pemerintah Republik Rakyat China

Pergerakan kemerdekaan Tibet (Tibetan independence movement) memperjuangkan pemisahan politik lembaga atau entiti kawasan Tibet daripada pentadbiran Republik Rakyat China. Ia diketuai diaspora bangsa Tibet di kawasan sejauh India dan Amerika Syarikat serta penganut Buddha mazhab Tibet dan selebriti-selebriti di serata dunia.

Ia pernah didokong terutamanya oleh Dalai Lama ke-14 dari dekad tahun 1960-an hingga lewat tahun 1970-an, namun beliau kini lebih mengusulkan suatu pemerintahan autonomi sejak tahun 1988,[1] terutamanya autonomi penduduk dalam Kawasan Autonomi Tibet dalam lingkungan China,[2] atau melanjutkan rangkuman pemerintahan autonomi ke provinsi-provinsi berjiranan yang dihuni penduduk berbangsa Tibet.[3]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Smith, Warren W. (2008). China's Tibet?: Autonomy or Assimilation. Rowman & Littlefield. m/s. 214. ISBN 978-0-7425-3989-1.
  2. ^ McDonald, Hamish. "Tibet part of China: Dalai Lama". The Age. Fairfax. Dicapai pada 12 March 2012.
  3. ^ Reasonable Demands Needed From Dalai Lama