Kepotenan sel

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Jika Anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.


Kepotenan sel merujuk kepada keupayaan sel untuk dibezakan kepada sel-sel yang berlainan jenis.[1][2] Semakin banyak jenis sel yang boleh dibezakan, semakin tinggi kepotenan sesebuah sel tersebut. Kepotenan juga dapat diterangkan sebagai keupayaan pengaktifan gen dalam sebuah sel yang diibaratkan sebagai satu kontinum, bermula dengan totipotensi, pluripotensi, multipotensi, oligopotensi dan yang terakhir unipotensi. Perkataan "kepotenan" ini dipetik dari perkataan Inggeris "potency", yang berasal dari istilah Latin "potens" yang bermaksud "mempunyai kuasa".

Pluripotensi, sel dasar embrio yang bermula sebagai jisim sel dalam dalam satu blastosist. Sel-sel dasar ini boleh berkembang kepada apa-apa jenis sel dalam badan, kecali plasenta. Hanya sel-sel dari morula yang bersifat totipotensi, yang berupaya untuk berkembang kepada semua jenis sel termasuk plasenta.

Totipotensi[sunting | sunting sumber]

Totipotensi bermaksud keupayaan satu sel untuk membelah dan menghasilkan semua sel yang dibezakan bagi sesebuah organisma. Spora dan zigot merupakan contoh bagi sel totipotensi.[3] Dalam lingkungan kepotenan sel, totipotensi mewakili sel yang mempunyai keupayaan pembezaan yang tertinggi. Toti berasal dari perkataan Latin totus yang bermaksud "sepenuhnya".

Pluripotensi[sunting | sunting sumber]

A: Sel dasar embrio manusia yang belum dibezakan.
B: Sel saraf
Rencana utama: Sel dasar

Dalam biologi sel, pluripotensi (dari perkataan Latin plurimus, bermaksud sangat banyak, dan potens, bermaksud mempunyai kuasa)[4] merujuk kepada sel dasar yang mempunyai keupayaan untuk menjalankan pembezaan kepada mana-mana dar tiga lapisan germa: endoderma (lapisan dalaman perut, saluran gastrousus, peparu), mesoderma (otot, tulang, darah, urogenital), atau ektoderma (tisu epidermis dan sistem saraf).[5] Namun, sel pluripotensi adalah satu kontinum, yang meliputi sel pluripoten penuh dengan keupayaan membentuk setiap sel embrio, contohnya, sel dasar embrio dan iPSC (rujuk bahagian berikut), sehingga sel pluripoten separa atau tidak penuh yang boleh membentuk sel-sel dari kesemua lapisan germa tetapi mungkin tidak mempunyai kesemua ciri-ciri sel pluripoten penuh.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Hans R. Schöler (2007). "The Potential of Stem Cells: An Inventory". Dalam Nikolaus Knoepffler; Dagmar Schipanski; Stefan Lorenz Sorgner. Human biotechnology as Social Challenge. Ashgate Publishing, Ltd. m/s. 28. ISBN 978-0-7546-5755-2. 
  2. ^ "Stem Cell School: Glossary". 
  3. ^ Mitalipov S, Wolf D (2009). "Totipotency, pluripotency and nuclear reprogramming". Advances in Biochemical Engineering/Biotechnology. 114: 185–99. Bibcode:2009esc..book..185M. ISBN 978-3-540-88805-5. PMC 2752493Boleh diakses secara bebas. PMID 19343304. doi:10.1007/10_2008_45. 
  4. ^ "Biology Online". Biology-Online.org. Dicapai pada 25 April 2013. 
  5. ^ Binder, Marc D.; Hirokawa, Nobutaka; Uwe Windhorst, ed. (2009). Encyclopedia of neuroscience. Berlin: Springer. ISBN 978-3540237358.