Keradangan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Keradangan (Jawi: كرادڠن) merupakan tindak balas sistem imunisasi kepada jangkitan atau gangguan, dengan ciri-ciri berikut: kemerahan (rubor), panas (calor), bengkak (tumor), sakit (dolor) dan kegagalan berfungsi (dysfungsi) organ yang terbabit (functio laesa). Empat perkara pertama telah dikelaskan semenjak zaman dahulu lagi, sementara functio laesa ditambah kepada definasi keradangan oleh Rudolf Virchow pada tahun 1858.

Kemerahan dan panas disebabkan oleh peningkatan bekalan darah kepada kawasan terlibat. Saluran darah mengembang, dan juga terdapat kehilangan plasma dari saluran darah ke kawasan tisu sekeliling. Ini menyebabkan edema atau bengkak. Bengkak mengembangkan tisu, menekan hujung saraf, dengan itu menyebabkan kesakitan. Sel darah putih atau leukocytes memainkan peranan penting dalam keradangan; mereka menyerap keluar daripada kapilari, menyelit ruang tisu, dan bertugas sebagai phagocyte mengutip bakteria dan sampah sel. Sel darah putih membantu membendung jangkitan dan menghalang penyebarannya.

Apabila keradangan reda, tisu rosak diperbaiki. Bergantung kepada tahap keradangan dan jenis tisu terbabit, penyembuhan mungkin sepenuhnya atau separuh sahaja; dalam keradangan kecil kulit, sebagai contoh, tisu mampu dihasilkan semula, sementara dalam tisu saraf, penyembuhan tisu saraf lebih terhad dan sel saraf yang rosak mungkin digantikan dengan sel berparut