Kereta api bertembung di Petarukan 2010

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Pertembungan kereta api Petarukan
Maklumat
Tarikh2 Oktober 2010
Masa03:00 waktu tempatan
(20:00, 1 Oktober UTC.)
LokasiPetarukan, Pemalang
Koordinat6°51′36″S 109°20′24″E / 6.86000°S 109.34000°E / -6.86000; 109.34000Koordinat: 6°51′36″S 109°20′24″E / 6.86000°S 109.34000°E / -6.86000; 109.34000
NegaraIndonesia
PengendaliPT Kereta Api
Jenis kemalanganPelanggaran belakang
Perangkaan
Kereta api2
Penumpang999
Kematian36[1]
Kecederaan50
sunting
Lihat pendokumenan templat ini

Dua kereta api bertembung di Petarukan pada 2 Oktober 2010 di Petarukan, Kabupaten Pemalang, Jawa Tengah, Indonesia. 36 orang meninggal dunia dan 50 orang cedera. Kemalangan berlaku ketika kebanyakan penumpang sedang nyenyak tidur.[2]

Mangsa kemalangan dibawa ke hospital berdekatan termasuk di Hospital Hasyim Ashari.

Pelanggaran[sunting | sunting sumber]

Pada jam 3.00 pagi, 2 Oktober 2010 sebuah kereta api eksekutif Argo Bromo Anggrek dalam perjalanan dari Jakarta menuju ke Surabaya . Kereta api itu membawa 336 penumpang, sedangkan kereta api Senja Utama Semarang menuju ke Labuan dan membawa 663 penumpang. Lokasi kemalangan itu 100 meter dari stesen kereta api Petarukan. Tiga gerbong tergelincir dan terbalik, 36 orang dilaporkan terbunuh dan 50 luka-luka. Kereta menuju Labuan tertangguh di Pemalang untuk membolehkan kereta api Surabaya melaluinya. [6] Kecelakaan itu adalah terburuk di Indonesia sejak kemalangan kereta api Bintaro pada 19 Oktober 1987 yang mengorbankan 156 orang.

Kemalangan turut berlaku di Solo, Surakarta menyebabkan seorang terbunuh ketika sebuah kereta api ekonomi dan kereta ekspres bertembung di sebuah persimpangan.Seorang terbunuh dan dihantar ke Hospital Kasih Ibu . [3]

Punca[sunting | sunting sumber]

Sebab utama kemalangan itu kesalahan isyarat atau kesalahan mekanikal iaitu lampu isyarat kereta api yang berhenti tidak berfungsi.

Indonesia terkenal dengan piawai keselamatan yang lemah. Kejadian kapal terbang terhempas, kemalangan kereta api dan feri sering menyebabkan ratusan terkorban.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ David Batty (2 Oktober 2010). "Indonesian train crash kills dozens". Guardian. Dicapai 2 Oktober 2010. 
  2. ^ Argobromo train machinist named suspect The Jakarta Post
  3. ^ 36 maut dirempuh