Kereta kebal Mark IX

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kereta kebal Mark IX
Kereta kebal Mark IX (pengangkut tentera berperisai)
Spesifikasi
Berat27 t
Panjang9.7 m (31 kaki 11 in)
Lebar2.5 m (8 kaki 1 in)
Tinggi2.64 m (8 kaki 8 in)
Krew4: komander, pemandu, mekanik, mesingan; sehingga 30 orang boleh dibawa.

Armor10 mm
Senjata
pertama
2 x mesingan .303
Senjata
kedua
tiada, tetapi liang tembakan bagi 16 tentera
EnjinRicardo 6-cyl petrol
150 hp (112 kW)
Kuasa/berat5.6 hp/tan
Sistem ampaiantanpa spring
Jarak
operasi
?
Kelajuan6.9 km/h (4.3 bsj)

Kereta kebal Mark IX merupakan kenderaan tempur berperisai dari Perang Dunia I, yang juga merupakan kenderaan pengangkut tentera berperisai yang pertama di dunia.

Pembangunan[sunting | sunting sumber]

Semasa kereta kebal beraksi buat kali pertama ia jelas kelihatan bahawa infantri tidak mampu menyaingi kereta kebal; bukan kerana tentera perlahan - kereta kebal awal sendiri hanya mampu bergerak pada kepantasan berjalan kaki - tetapi kerana tembakan mesingan musuh, yang juga merupakan punca kereta kebal dicipta. Sering kali kedudukan yang dikuasai dengan pengorbanan yang tinggi hilang dengan cepat kerana ketiadaan pasukan infantri untuk memantapkannya. Pada mulanya ia difikirkan bahawa masalah ini boleh diselesaikan dengan menyumbat beberapa orang tentera pejalan kaki kedalam setiap kereta kebal. Ia kemudiannya disedari bahawa kualiti udara dalam kereta kebal amat teruk sehinggakan tentera pejalan kaki, sekiranya tidak terus pengsan, akan lumpuh sehingga sekurang-kurangnya sejam selepas meninggalkan kereta kebal, untuk sembuh akibat wap beracun.

Dengan itu, pada musim panas 1917 , Lertenan G.R. Rackham diperintahkan untuk mereka kenderaan berperisai khusus bagi mengangkut tentera. Pada mulanya reke bentuk itu dirumitkan dengan tuntutan bahawa kenderaan tersebut mestilah berupaya dilengkapi dengan sponson, agar ia dapat ditukar menjadi kereta kebal lebih moden sekiranya reka bentuk kereta kebal Mark VIII terbukti gagal. Ini merupakan punca kenapa ia dikelaskan sebagai kereta kebal Mark IX. Bagaimanapun keperluan ini dibatalkan dan pada September 1917 pembinaan dimulakan oleh Armstrong, Whitworth & Co. di Newcastle-upon-Tyne dua prototaip kenderaan pengangkut tulen (yang juga boleh bertugas sebagai kereta kebal bekalan). Prototaip ini diluluskan pada tahun berikutnya dan 200 kenderaan ditempah dari pengilang traktor Marshall, Sons & Co. dari Gainsborough, Lincolnshire. Pada masa itu ia menjadi jelas bahawa kereta kebal Mark V yang dipanjangkan pun tidak begitu sesuai bagai mengangkut tentera.

Hanya tiga kenderaan disiapkan pada masa Armistice dan hanya 34 buah yang dibina keseluruhannya.

Gambaran[sunting | sunting sumber]

Disebabkan tidak banyak masa bagi reka bentuk baru sepenuhnya, Mark IX diasaskan dari Mark V, dengan badan dipanjangkan kepada 9.73 m. Enjin Ricardo 150 kuasa kuda dipindahkan kehadapan, kotak gear kebelakang dan dan galang gantung ditinggalkan sepenuhnya. Ini menghasilkan ruang dalaman 4 meter panjang dan 2.45 meter lebar, ruang yang mencukupi bagi tiga puluh (secara rasmi hingga lima puluh) askar atau sepuluh tan kargo. Bagi menjamin kekuatan rangka, lantainya diperkukuhkan dengan galang lintang yang berat. Tentera didalamnya terpaksa berhati-hati dengan tuil kawalan bagi gear sepanjang bumbung dan batang gandar ditengah. Tiada tempat duduk disediakan bagi tentera di dalamnya.

Kaki tangan terdiri daripada pemandu, komander duduk disebelah kanannya (kali pertama bagi keretakebal British, menunjukkan adaptasi bagi keadaan trafik di Perancis), mekanik dan penembak mesingan yang mengendalikan mesingan melalui bukaan dibelakang. Mesingan kedua dipasangkan di hadapan. Sepanjang setiap sisi terdapat lapan liang tembakan, menjadikan Mark IX sebagai kenderaan pejuang infantri pertama di dunia. Dua liang tembakan terdapat pada pintu sisi berbentuk bujur satu setiap sebelah.

Sungguhpun dengan penggunaan kepingan perisai lebih nipis (10 mm), beratnya masih mencecah 27 tan dan kelajuan hanya pada 4 bsj (7 km/h). Kereta kebal ini juga mampu membawa bekalan dalam talam di atap belakang menara kecil pemerhati berperisai komander (titik tertinggi pada 2.64 metres), sementara menunda tiga lunsur berisi penuh.

Rackham cuba meningkatkan keadaan dalaman dengan meletakkan penyeyap besar pada atap dan kipas pengudaraan; tetapi enjin masih tidak diasingkan dalam bilik khusus. Disebabkan ketiadaan pembahagian, ia dapat dipersoalkan samaada projek ini memenuhi matlamat asal bagi kenderaan yang berupaya menghantar satu skuad tentera dalam keadaan sedia tempur.

Sejarah operasi dan projek[sunting | sunting sumber]

Mark IX digunakan selama beberapa tahun selepas perang. Jenis ini dikenali sebagi Babi The Pig kerana bahagian hadapan trek kelihatan seperti muncung babi. Salah satu dari tiga yang pertaman digunakan sebagai ambulan berperisai. Satu lagi dubina semula sebagai kereta kebal afimbious oleh kaki tangan pengkalan ujian di Bukit Dollis. Ia telahpun mempunyai tubuh yang besar; ini ditingkatkan lagi dengan memasang tong dram pada bahagian hadapan dan tepi. Papan kayu panjang dipasangkan pada sambungan trek tetapi pada sebelah sahaja; kerana apabila ia sampai pada bahagian melengkung trek ia akan menonjol keluar menolah kereta kebal melalui air. Gambar menunjukkan kereta kebal terapung di Empangan Hendon pada 11 November 1918, pada hari yang sama dengan Armistice. Terdapat tradisi lisan bahawa kenderaan ini dinamakan (Itik) The Duck, tetapi terdapat prasangka yang kuat mengenai maksud sebenar.

Mark IX terakhir yang masih ada di Muzium Kereta Kebal Bovington (Bovington Tank Museum).

Rujukan[sunting | sunting sumber]