Kereta kebal serdahana Mark C

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kereta kebal serdahana Mark C
Medium Mark C
Sejarah pengeluaran
PerekaRigby
PengeluarFosters
Spesifikasi
Berat20 t
Panjang7.9 m (25 kaki 10 inci)
Lebar2.5 m (8 kaki 4 inci)
Tinggi2.9 m (9 kaki 6 inci)
Krew4: komander, pemandu, mekanik, juru mesingan

Armor14 mm
Senjata
pertama
5 x mesingan .303 British
Senjata
kedua
-
EnjinRicardo 6-cyl enjin petrol
150 hp
Kuasa/berat7.5 hp/tan
Sistem ampaianunsprung
Jarak
operasi
225 km
Kelajuan12.7 km/h (7.9 mph)

Kereta kebal serdahana Mark C ("Hornet") merupakan kereta kebal British yang dibangunkan semasa Perang Dunia Pertama, tetapi dihasilkan terlalu lewat untuk beraksi dalam sebarang pertempuran.

Pembangunan[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 1917 Sir William Tritton telah membangunkan kereta kebal serdahana Mark A Whippet tanpa pembabitan bekas rakan kerjanya Walter Gordon Wilson. Sebagai tindak balas, Major Wilson mula mereka sendiri jenis kereta kebal diperelok, kereta kebal serdahana Mark B, pada Julai 1917. Sebaik sahaja Tritton menyedari mengenai usaha Wilson, Tritton mengarah ketua juruteranya, William Rigby, untuk mereka kereta kebal saingan: kereta kebal serdahana Mark C. Lakaran itu diluluskan oleh Tentera British pada 19 April 1918. Prototaip disiapkan pada Ogos, beberapa minggu sebelum prototaip Kereta kebal serdahana Mark B‎ siap, yang juga turut dibina di kilang milik Tritton. Pada awalnya 200 kereta kebal ditempah; kemudian ini ditingkatkan sehingga 600, kesemuanya akan dihasilkan oleh syarikat William Foster & Co di [Lincoln, England bersama Armlet & Wortley sebagai kontrator kecil. Nama gelaran tidak rasmi kereta kebal tersebut adalah adalah "Hornet", tetapi kelihatannya tiada siapa yang menggunakan gelaran tersebut.

Gambaran[sunting | sunting sumber]

Medium Mark C, lakaran keratan rentas

Secara luaran, kereta kebal Serdahana C kelihatan menyamai pesaingnya, kereta kebal serdahana Mark B.[1] Kereta kebal serdahana Mark C turut memiliki bentuk umum romboid seperti kereta kebal Mark I dan kereta kebal berat yang berikutnya, dan digabung dengan struktur perisai kekal, atau Casemate, jauh kehadapan,[2] dilengkapi dengan tenggekan bebola bagi lima mesingan. Bagaimanapun, kereta kebal serdahana Mark C Tritton merupakan kenderaan lebih panjang. Ia memiliki ruang enjin berasingan di belakang seperti kereta kebal serdahana Mark B, tetapi ia cukup luas bagi memuatkan enjin 6 silinder Ricardo di belakang gandar epicyclic piwaian. Juga ia mudah dicapai melalui ruang tempur. Enjin lebih besar bererti kereta kebal ini memiliki kelajuan lebih baik (sekitar 13 km/j). Panjangnya memberikannya kelebihan keupayaan menyeberang perparitan lebih baik dalam peperangan kubu parit. Tangki bahan api yang memuatkan 682 litrer petrol memberikan julat 225 km. Daya gerak keseluruhannya adalah lebih jauh baik.

Rigby cukup teliti bagi meningkatkan rekabentuk ergonomik. Komander memiliki turel penglihatan berputar khas malah meja peta kecil. Terdapat sebelas liang penglihatan. Kotak simpanan khas dipasang bagi peralatan peribadi empat orang kaki-tangan. Tiub percakapan digunakan bagi meningkatkan perhubungan. Pemandu turut mempunyai meter kelajuan (“odometer”).

Sejarah operasi[sunting | sunting sumber]

Kereta kebal serdahana Mark C digunakan di Glasgow pada tahun 1919, selepas Pertempuran George Square

Sebagai kemungkinan kereta kebal serdahana Mark D tidak sedia untuk pengeluaran pukal menjelang 1919, Rejimen Kereta kebal DiRaja berharap untuk menerima tidak kurang dari 6,000 kereta kebal serdahana Mark C pada tahun itu, satu pertiga adalah versi "Jantan" dengan meriam enam paun panjang di hadapan struktur utama. Sungguhpun lakaran disiapkan, tiada apa yang terhasil dari ini.[1] Selepas perang berakhir kesemua tempahan dibatalkan kecuali 36 kenderaan yang hampir siap. Ini disiapkan bersama dengan empat belas yang lain yang dibina dari bahagian separa siap bagi menghasilkan jumlah keseluruhan lima puluh. Jeneral J.F.C. Fuller menimbang menukar belanjawan bagi pembangunan kereta kebal serdahana Mark D bagi pengeluaran kereta kebal serdahana Mark C agar dapat melengkapkan batalion kereta kebal dengan kereta kebal lebih baik ini, tetapi memutuskan untuk tidak melakukannya. Hanya Batalion Kereta kebal ke-2 akan menggunakan kereta kebal ini. Oleh kerana ia merupakan aset termoden Kor Kereta kebal, ia dijaga dengan teliti dari kerosakan: tiada kereta kebal serdahana Mark C' dihantar samaada dengan Pasukan Ekspedisi menentang Bolsheviks di Russia atau Perang Anglo-Irish. Kereta kebal yang terbabit dengan perarakan kemenangan 1919 adalah empat kereta kebal serdahana Mark C. Satu-satunya aksi membabitkan kereta kebal ini adalah menumpaskan kekacauan buruh di Glasgow, selepas rusuhan yang dikenali sebagai Pertempuran Medan George pada 1919.

Dari 1925 seterusnya, kereta kebal serdahana Mark C secara beransur digantikan dengan kereta kebal serdahana Vickers Mark I dan kereta kebal serdahana Vickers Mark II. Cadangan bagi menggunakan kereta kebal sedahanana Mark C sebagai kenderaan kembalik ditolak. Satu kenderaan tunggal digunakan bagi menguji sistem gandar jenis baru. Pada tahun 1940 kereta kebal serdahana Mark C terakhir dilupuskan.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b Chant, Christopher (2002). World Encyclopaedia of the Tank. An international history of the armoured fighting machine. Stroud: Sutton Publishing. m/s. 32–33. ISBN 0750931477.
  2. ^ Crow, Duncan. British and Commonwealth Armoured Formations 1919-46 (Profile Publications Ltd, Great Bookham, no date), p.2.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Templat:WWIAFVs