Kereta padat

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Ford Focus model Amerika Utara dengan jarak roda 2614 mm dan panjang 4445 mm.
Ford Focus model antarabangsa pula menampilkan jarak roda 2640 mm dan panjang 4480 mm.
Proton Saga generasi kedua mempunyai jarak roda 2465 mm dan panjang 4257 mm.

Kereta padat, juga dikenali sebagai kereta segmen C, merupakan satu klasifikasi kereta yang lebih besar daripada sebuah supermini tetapi lebih kecil daripada kereta bersaiz sederhana.

Saiz kereta padat bagi model AS dan antarabangsa, masing-masing mempunyai panjang 4100 mm dan 4450 mm bagi model hatchback, atau 4400 mm dan 4600 mm panjang bagi model cabriolet, sedans atau kereta estet. Kenderaan Serba Guna dan Kenderaan Utiliti Sukan berasaskan kereta keluarga kecil mempunyai saiz yang serupa iaitu antara 4200 mm hingga 4500 mm di AS dan antara 4400 mm hingga 4700 mm bagi model antarabangsa.

Enjin yang digunakan adalah enjin empat sebaris antara 1.5 hingga 2.4 liter sama ada enjin petrol ataupun enjin diesel, dengan kuasa kuda antara 100 hingga 170 bhp. Sesetengah model mempunyai enjin 1.3 atau 1.4 liter yang menjimatkan. Versi berprestasi tinggi, dikenali sebagai hot hatch atau sedan sport padat, boleh jadi menggunakan enjin 1.0 atau 1.5 liter turbo, atau mungkin juga enjin 3.2 liter V6, dengan kadaran kuasa kuda antara 170 bhp hingga 300 bhp.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Kereta tunas Rencana berkaitan kereta ini merupakan rencana tunas. Anda boleh membantu Wikipedia dengan mengembangkannya.