Kereta salji

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Sebuah kembara kereta salji di Taman Negara Yellowstone, Amerika Syarikat.

Kereta salji ialah sejenis kenderaan bermotor yang direka khas untuk perjalanan atau rekreasi di persekitaran bersalji tanpa sebarang jalan atau denai diperlukan. Pemanduan kenderaan ini juga bertujuan sebagai suatu hobi berat.

Model-model kereta salji yang terdahulu dapat menampung dua orang penumpang, namun model-model yang terkini sejak lebih 25 tahun lalu dibina untuk meanmpung seorang penumpang sahaja dan jauh lebih kerap didapati di pasaran. Badan kereta tiada penghadang selain cermin depannya, roda berantai dipasangkan pada bahagian beklakangnya manakala ski di bahagian hadapannya membolehkan kawalan pengemudian.

Kepentingan[sunting | sunting sumber]

Kegunaan kereta salji untuk tujuan perjalanan lebih tertumpu di kawasan-kawasan Artik yang berpopulasi rendah. Malah, penciptaan kenderaan ini telah banyak merubah gaya hidup masyarakat yang mendiami kawasan-kawasan terasing sebegini; terutamanya di Amerika Utara sejak kegunaan meluas model Ski-Doo menggantikan kereta luncur salji anjing pada hujung tahun 1960an[1][2] sama ada dari segi pemburuan mahupun komunikasi antara komuniti.[3]:485 Para pelombong, pekerja hutan serta angkatan polis dan tentera (terutamanya di pedalaman Kanada) memilih kenderaan ini sebagai cara pengangkutan muatan rendah yang efektif.[1][3]:489

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b Jozic, Jennifer. "Transportation in the North". Northern Research Portal. Dicapai 5 November 2012. 
  2. ^ Percy, E. C. (May 1972). "The Snowmobile: Friend or Foe?". The Journal of Trauma. 12 (5): 444–6. doi:10.1097/00005373-197205000-00023. PMID 5061609. 
  3. ^ a b Reich, Leonard S. (July 1999). "Ski-Dogs, Pol-Cats, and the Mechanization of Winter: The Development of Recreational Snowmobiling in North America". Technology and Culture. 40 (3). JSTOR 25147357. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]