Kereta sewa

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Agensi Perkhidmatan kereta sewa, kereta sewa, atau sewa kereta adalah sebuah syarikat sewa kereta untuk tempoh yang singkat, biasanya terdiri dari beberapa jam sehingga beberapa minggu atau bulan. Kebiasaannya, agensi kereta sewa mempunyai banyak cawangan (yang membolehkan pengguna untuk kembalikan kenderaan di lokasi yang berbeza), dan terutamanya terletak berdekatan lapangan terbang atau kawasan bandar yang sibuk. Agensi kereta sewa juga turut menyediakan laman web yang membolehkan tempahan secara online.

Agensi kereta sewa mensasarkan golongan masyarakat yang memerlukan kenderaan sementara, seperti orang-orang yang tidak memiliki kereta mereka sendiri, pelancong, atau pemilik kenderaan rosak atau musnah yang menunggu perbaikan atau pampasan insurans. Agensi kereta sewa juga memenuhi keperluan syarikat atau industri, dengan menyewa vantrak, atau jenis lain kenderaan seperti kereta atau motosikal.

Selain perkhidmatan sewa kenderaan, agensi penyewaan kereta biasanya juga menawarkan tambahan produk seperti insurans, global positioning sistem (GPS) sistem navigasi, sistem hiburan, telefon bimbit, portable WiFi dan kerusi keselamatan kanak-kanak.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Agensi kereta sewa yang terawal adalah pada tahun 1906. [1] 

Model perniagaan[sunting | sunting sumber]

Syarikat-syarikat sewa kereta beroperasi dengan membeli atau menyewa kenderaan dan menyewakan kenderaan tersebut kepada pelanggan.


Jenis kenderaan[sunting | sunting sumber]

Kebanyakan agensi kereta sewa menawarkan kenderaan saiz yang sesuai dengan bajet dan keperluan ruang seperti kereta kompak, sedan, MPV atau mewah.

Syarat Sewaan[sunting | sunting sumber]

Kereta sewa adalah subjek kepada banyak syarat-syarat yang berbeza dari satu negara ke negara lain dan dari satu syarikat ke satu syarikat yang lain. Umumnya kenderaan harus dikembalikan dalam keadaan yang sama semasa mengambil kenderaan tersebut.

Selain itu, lesen memandu yang sah diperlukan untuk menyewa sebuah kenderaan, dan beberapa negara-negara turut memerlukan Lesen Memandu Antabangsa.

Nota dan rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Car Renting... Its Development... And Future", Automotive Fleet, December 1962 full text

Pautan luar[sunting | sunting sumber]