Kertas manila

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kertas manila

Kertas manila merupakan jenis kertas yang murah, biasanya dibuat melalui proses kurang halus berbanding jenis kertas yang lain, dan biasanya dibuat daripada gentian kayu separuh peluntur. Kertas manila sama kuat dengan kertas kraf tetapi yang membezakannya ialah kualiti cetakan yang lebih baik, seperti pengekalan pigmen yang lebih kuat. Kertas manila yang berwarna kuning pucat dan serat kertas biasanya boleh dilihat dengan mata kasar. Kertas manila biasa digunakan untuk membuat penyimpan fail dan sampul surat, masing-masing dikenali sebagai penyimpan fail manila dan sampul surat manila.[1][2] Sesetengah sekolah fesyen dan orang dalam industri fesyen menggunakan gulungan besar manila untuk mencipta corak pakaian yang dimuktamadkan. Disebabkan harga kertas manila terjangkau, ia biasanya diberikan kepada golongan kanak-kanak untuk membuat sebarang karya seni.[3]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Knox, Frank M. (January 1965). The Knox standard guide to design and control of business forms (dalam bahasa Inggeris). McGraw-Hill. ISBN 9780070352513.
  2. ^ Eddy Suprayitno (2017). Dasar Pengawetan (dalam bahasa Indonesia). Malang, Indonesia: Universitas Brawijaya Press. ISBN 9786024320836.
  3. ^ Day, Michael; Hurwitz, Al (24 July 2012). Children and Their Art: Art Education for Elementary and Middle Schools (dalam bahasa Inggeris). Cengage Learning. m/s. 101. ISBN 978-1-133-42151-1. Dicapai pada 10 April 2022.