Kerusi selamat

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Kerusi selamat ialah kawasan pilihan raya dalam badan perundangan dianggap mempunyai kebarangkalian menang yang sangat tinggi untuk sesebuah parti atau calon. Dalam senario ini, peluang untuk rampasan kerusi oleh pihak lawan adalah sangat kecil kerana kecenderungan pengundi untuk terus memilih penyandang dalam skala yang agak besar.

Aspek dan pelaksanaan[sunting | sunting sumber]

Terdapat perbezaan tafsiran dalam memberikan takrifan kepada kerusi selamat. Kerusi selamat biasanya adalah kerusi yang telah lama dipegang oleh satu pihak secara berterusan atau tidak. Namun, kerusi selamat boleh juga ditakrifkan sebagai kerusi yang dimenangi oleh satu pihak pada skala yang amat besar, kebiasaannya peratusan undi atau majoriti yang besar.