Kesan CSI

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Kesan CSI ataupun sindrom CSI[1] serta jangkitan CSI[2] ialah kesan yang menerangkan bagaimanana penggambaran bidang sains forensik yang dianggap melampau-lampau dalam rancangan televisyen jenayah seperti siri CSI: Crime Scene Investigation mempengaruhi persepsi masyarakat. Istilah ini pertama kali dilaporkan dalam artikel USA Today pada 2004 yang menggambarkan kesan terhadap para juri percubaan oleh program televisyen yang menampilkan sains forensik.[3] Kesan ini sering merujuk kepada kepercayaan bahawa para juri telah menuntut lebih banyak bukti forensik dalam perbicaraan jenayah, sehingga meningkatkan standard bukti yang berkesan bagi para pendakwa. Walaupun kepercayaan ini dipegang secara meluas dalam kalangan ahli undang-undang Amerika, beberapa kajian menunjukkan bahawa siri-siri televisyen bergenre jenayah tidak mungkin menimbulkan kesan sebegitu, walaupun penonton tegar CSI mungkin memberikan nilai yang lebih rendah pada bukti yang tidak langsung.[4] Oleh kerana teknologi bertambah baik dan menjadi lebih lazim di seluruh masyarakat, orang ramai mungkin memberikan harapan yang lebih tinggi terhadap kemampuan teknologi forensik.[5]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Ramsland, Katherine. "The CSI Syndrome". Turner Broadcasting System. Diarkib daripada yang asal pada 12 Jun 2013. Dicapai pada 12 Disember 2010.
  2. ^ Lawson, Tamara F (3 November 2009). "Before the Verdict and Beyond the Verdict: The CSI Infection Within Modern Criminal Jury Trials" (PDF). Loyola University Chicago Law Journal. 41: 132, 142. Diarkib daripada yang asal (PDF) pada 16 June 2011. Dicapai pada 1 Januari 2011.
  3. ^ Willing, Richard (5 August 2004). "'CSI effect' has juries wanting more evidence". USA Today. Dicapai pada 13 November 2016.
  4. ^ Kim, Young S; Barak, Gregg; Shelton, Donald E (2009). "Examining the "CSI-effect" in the cases of circumstantial evidence and eyewitness testimony: Multivariate and path analyses". Journal of Criminal Justice. 37 (5): 22. doi:10.1016/j.jcrimjus.2009.07.005. Dicapai pada 1 Januari 2011.
  5. ^ Shelton, Donald E; Kim, Young S; Barak, Gregg (Fall 2009). "An Indirect-Effects Model of Mediated Adjudication: The CSI Myth, the Tech Effect, and Metropolitan Jurors' Expectations for Scientific Evidence" (PDF). Vanderbilt Journal of Entertainment and Technology Law. 12 (1): 9. Diarkib daripada yang asal (PDF) pada 17 Jun 2013. Dicapai pada 21 Disember 2010.